Perlantikan Pandu Puteri Remaja

Seramai 38 orang peserta telah mengambil bahagian dalam ujian ini yang diadakan di Ibu Pejabat PPP cawangan Sarawak. SMK Pending telah menghantar 7 orang pelajar dan mereka ini berjaya dalam ujian tersebut. Pada hari tersebut hanya 14 orang sahaja yang berjaya dalam ujian tersebut. Tahniah kepada pelajar SMK Pending yang telah berjaya mengikuti ujian tersebut



Program Perkasa Diri

Program ini dikendalikan oleh kaunselor pelatih Universiti Tun Abdul Razak yang diadakan di Dewan Global SMK Pending pada hari Sabtu 3 Mei 2014. Program ini ditujukan khas kepada pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PBS. Antara objektif program ini ialah
1.   Meningkatkan tahap keyakinan dalam diri pelajar
2.  Memupuk semangat kerjasama dan saling memerlukan Antara satu sama         lain
3. Melahirkan pelajar yang berfikiran positif dan kreatif


Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memotivasikan diri para pelajar disamping melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Rohani dan Intelek.



Program True Love Wait : What is Love?

Program ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 5 Mei 2014 yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3. Program ini dikendalikan oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu I-youth yang bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang hubungan antara lelaki dengan perempuan yang sebenarnya. Dalam ceramah yang disampaikan oleh Cik Yap Suke Fong, beliau menekankan betapa hubungan antara lelaki dan perempuan ada batasannya. Ini bermaksud tidak ada hubungan sex antara pasangan sebelum berkahwin. Cik Yap Suke Fong merupakan kaunselor Family Service Centre. Beliau dibantu oleh lima orang lagi sukarelewan yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Pada akhir program ini para pelajar dikehendaki membuat akur janji untuk tidak melakukan hubungan sex sebelum berkahwin.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners