Juadah Bawaan (Pot Luck) Puan Alilah tidak berani bawa "tempe" lagi!!!!!!




Seperti biasa sebelum cuti sekolah, warga pendidik SMK Pending membawa juadah masing-masing untuk sama-sama menikmati makanan yang dihidangkan. Bagaimanapun Puan Alilah tidak lagi membawa tempe jawa goreng lagi kerana bimbang peristiwa lama akan berulang kembali. Kali ini Puan Alilah membawa bubur kacang pula. Juadah bawaan kali ini agak istimewa kerana ada kek besar seberat tiga kilo yang terukir diatasnya "Happy Teachers Day". Kek ini telah dipotong oleh Tuan Pengetua dan kakitangan pentadbir yang lain. Selamat Hari Guru, Selamat Hari Gawai dan Selamat Bercuti

Vespa FC Johan Lagi!!!!! Street Soccer 2010

JOHAN - VESPA FC

NAIB JOHAN - ZERO FC


TEMPAT KETIGA - PALAK FC

TEMPAT KEEMPAT - IRON FC

Pertandingan Street Soccer anjuran Kelab Bola Sepak SMK Pending telah diadakan pada 10 hingga 19 Mei 2010. Sebanyak 15 pasukan telah mengambil bahagian dan 28 perlawanan telah berlangsung. Pertandingan dijalankan secara "Double Knock Out" .
Keputusan pertandingan :

Johan
Vespa FC

Naib Johan
Zero FC

Tempat ketiga
Palak FC

Tempat keempat
Iron FC

Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Bahagian Kuching 2010.


Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Bahagian Kuching telah berlangsung pada 26-29 April 2010 di MBKS Kuching. Seperti biasa SMK Pending telah mengambil bahagian, namun pada kali ini SMK Pending tidak dapat mempertahankan kehebatannya seperti tahun sebelumnya. Bagaimanapun SMK Pending berjaya mendapat tempat ketiga Kategori Rampaian Tradisional. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan Tarian Sekolah Menengah Bahagian Kuching.

Kategori Etnik:

1. SMK TAH Openg
2. SMK Lundu
3. Sekolah Seni Kuching

Kategori Rampaian Tradisional:

1. SMK Lundu
2. SMK TAH Openg
3. SMK Pending

Keseluruhan :

1. SMK TAH Openg
2. SMK Lundu
3. Sekolah Seni Kuching

Gotong Royong Perdana 2010





Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 15 May 2010. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi. Berikut adalah suasana gotong royong yang dapat dipaparkan

Sukan Tahunan SMK Pending 2010










Sukan tahunan SMK Pending telah diadakan pada 28 hingga 29 April 2010. Sukan Tahunan kali ini dijalankan di Padang Jubli dan di Padang Sekolah. Pada tahun ini tempat pertama dimenangi oleh Rumah Perdana, tempat kedua rumah Sastria, tempat ketiga rumah Waja dan tempat yang terakhir rumah Sastria.

Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Negeri Sarawak 2010













Perkhemahan PKBM(L) peringkat negeri Sarawak diadakan di Pusat Kokurikulum Santubong dari 14 hingga 16 Mei 2010. Pelbagai aktiviti diadakan yang melibatkan pertandingan mengikut awasan dan sekolah. Antara pertandinga itu ialah:
1. Pertandingan kawad kaki
2. Pertandingan Bola Sepak
3. Pertandingan Bola Tampar dan Bola Jaring
4. Pertandingan tali temali
5. Pertandingan Khemah
6. Pertandingan

SMK Pending telah mendapat tempat ketiga dalam kesemua pertandingan tersebut

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners