Gunung Santubong ditawan lagi !!!!!








Pada 30 April 2010, Kelab Pelancongan SMK Pending telah mengadakan satu ekspedisi mendaki Gunung Santubong yang melibatkan kira-kira 110 orang pelajar. Mereka ini diiringi oleh guru penasihat Kelab Pelancongan iaitu Cikgu Richard Soon. Tiga orang guru yang berminat untuk sama-sama mendaki gunung Santubong ialah Cikgu Mansor , Cikgu Bong Siaw Phew, Cikgu Abang Rasfiezan . Kira-kira pukul 12.00 tengah hari kumpulan pertama berjaya sampai ke puncak gunung yang diiringi cikgu Abang Rasfiezan, kumpulan kedua sampai ke puncak kira-kira pukul 1.30 tengah hari bersama Cikgu Bong dan Cikgu Mansor. Kumpulan terakhir sampai ke puncak pada pukul 2.00 petang. Ekspedisi ini bertolak dari kaki gunung pada pukul 10.00 pagi. Hampir separuh daripada pelajar yang menyertai ekspedisi ini berjaya sampai ke puncak gunung. Syabas kepada mereka yang berjaya sampai ke puncak.

Pertandingan Bahas Ala Parlimen




Pertandingan Bahas Ala Parlimen telah diadakan di SMK St.Thomas bagi sekolah-sekolah menengah Bahagian Kuching 2010. SMK Pending telah bertanding dengan SMK Padawan. Walaupun tewas pada peringkat awal, adik Akhmal Hakim telah dipilih sebagai pembahas terbaik. Pertandingan ini merupakan pertandingan pusingan kedua. Guru pengiring bagi pertandingan ini ialah cikgu Siti Sara Haji Ismail

Minggu Saham Amanah Malaysia 2010




Minggu Saham Amanah Malaysia telah diadakan di Padang Letak Kereta Wisma Bapa Malaysia Kuching dari 20 April hinngga 26 April 2010. Program anjuran Permodalan Nasional Berhad ini mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di sekitar Kuching. Pelajar-pelajar SMK Pending telah dijemput untuk membuat lawatan ke tapak pameran tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi pendidikan kepada para pelajar yang mungkin berhasrat membuat pelaburan dalam pelbagai skim ajuran Permodalan Nasional Berhad.
Pengunjung yang mendaftar di kaunter MSAM 2010 akan diberikan pasport biru untuk remaja manakala pasport berwarna merah untuk orang dewasa. pasport ini hanya sah untuk tempoh sehari yang diberikan secara percuma. Dengan pasport itu juga para pelajar dapat melayakkan diri untuk menyertai e-peraduan bagi memenangi pelbagai hadiah menarik dan menebus cenderahati . Setiap pelajar dikehendaki mendapatkan sekurang-kurangnya empat cop daripada syarikat yang menyertai pameran itu dan menebus ganjaran. Mereka yang dapat memperolihi lima cop hingga ke 16 cop layak menyertai e-peraduan dan mendapat beg MSAM. Jika mereka berjaya mendapat lebih daripada 16 cop akan menerima cenderahati khas MSAM. Pelajar SMK Pending berjaya membawa pulang cenderahati seperti T Shirt, dan beg MSAM, malah ada pelajar yang berjaya membawa pulang kipas angin.
Sesungguhnya lawatan ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pelaburan yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Berhad

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners