Jom Pergi Ke Sekolah Peringkat SMK Pending

Porgram  Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani pemasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Melalui kolobaratif ini adalah diharapkan dapat mengurangkan risiko salah laku murid selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Program dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku , Ibu Pertiwiku dan lagu Sekolah. Selepas itu bacaan ikrar "Kehadiran Cemerlang telah diketuai oleh pengawas sekolah. Program diteruskan lagi dengan bacaan perutusan KPN,PDRM oleh Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Bt Ilin (Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuching) bersama-sama dengan Sm Mekal Sundok (Ketua Polis Balai Bintawa) dan Koperal Konok Ahngi (Penolong Polis Balai Bintawa)









 

Kursus Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua TingkatanTahun 2017 SMK Pending, Kuching

Ketua dan penolong ketua tingkatan sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh guru tingkatan untuk membantu pihak sekolah dalam hal-hal pentadbiran sekolah dan pengawalan kelas. Kursus ini memberi pendedahan diri ketua dan penolong ketua tingkatan yang baru dipilih dalam pengurusan tugas harian. 
 

Matlamat
    Mewujudkan satu bahagian pemimpin yang bersedia dan berupaya dari segi mental dan fizikal,  bekerjasama, bermatlamat, mempunyai kesedaran tentang pengurusan dan penyertaan dalam menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
 

Objektif
Adalah diharapkan kursus ini akan dapat:
    Melahirkan pemimpin pelajar yang dapat menjalankan tugas dengan berkesan.
    Membina keyakinan diri (self-esteem) atau kepercayaan pada diri sendiri dan orang lain.
    Menyemai dan menjalinkan sifat kerjasama dan tolak ansur dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin.
    Melatih peserta menghadapi pelbagai tekanan sama ada mental, emosi, dan fizikal.
    Menyedarkan peserta tentang kekuatan, kelemahan dan potensi yang ada pada dirinya.
    Meningkatkan sikap serta pemikiran supaya lebih positif.


Laporan disediakan oleh Pn Ngien - Unit Bimbingan dan kaunseling








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners