Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Starcity (Kedah) pada 19 Julai 2009 telahpun diketahui. Tahniah diucapkan kepada johan keseluruhan iaitu Sabah dengan persembahan yang sungguh mantap. Syabas juga diucapkan kepada pasukan Sarawak yang berjaya mendapat tempat ketiga. Pasukan Sarawak terdiri daripada 12 orang pelajar SMK Pending yang diiringi oleh Tuan Pengetua En.Joseph Ng selaku ketua kontingen bersama Cikgu Catherine Leonard sebagai guru pengiring.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan
Tempat Pertama : Sabah menerima piala,sijil dan cenderahati kepada setiap penari Tempat Kedua : Johor (menerima piala, hadiah dan sijil Tempat Ketiga : Sarawak menerima piala, hadiah dan sijil
Tarian Rampaian Terbaik : Sabah Tarian Etnik Terbaik : Sabah Anugerah Khas Juri : Kedah
Ini adalah Video Tarian Etnik Bidayuh yang dipersembahkan oleh pelajar SMK Pending
Pertandingan Tarian peringkat Kebangsaan pada tahun 2009 diadakan di Kedah iaitu pada hari ini 19.7.2009. SMK Pending mewakili Sarawak bagi kategori sekolah menengah, manakala bagi sekolah rendah, SK Dato Traoh. Pertandigan tarian ini diadakan di Hotel Star City
Seperti biasa SMK Pending menghantar 12 orang penarinya bersama dua orang koreografer. Pasukan SMK Pending diiringi oleh pengetua iaitu Encik Joseph Ng dan guru pengiring Puan Catherine Leonard. Tarian yang akan dipersembahkan pada kali ini sama seperti yang dipertandingkan pada peringkat negeri Sarawak iaitu Tarian Rampaian Melayu. Bagi tarian etnik pula terdapat sedikit perubahan iaitu tarian etnik Bidayuh akan dipersembahkan.
Pertandingan ini akan diadakan pada sebelah petang dan malam. Pada petang ini kategori etnik/tarian rakyat akan dipertandingkan manakala pada sebelah malamnya pula tarian rampaian Melayu. Ini merupakan kali kedua SMK Pending mewakili Sarawak dalam pertandingan tarian. Nantikan keputusannya yang akan diumumkan pada keesokkan harinya. Selamat berjaya.