Kuiz Permodalan Nasional Berhad 2011




Kuiz Pelaburan anjuran Pemodalan Nasional peringkat bahagian Kuching ini telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada hari ini iaitu 10.3.2011 bersamaan hari Khamis. Sebanyak 16 buah sekolah sekitar Kuching telah menghantar wakil masing-masing untuk menjayakan program ini.

Sambutan Maulidur Rasul SMK Pending 2011




Sambutan Maulidur RAsul peringkat sekolah telah diadakan pada 26.2.2011 bertempat di Dewan Global SMK Pending. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Persembahan Nasyid daripada pelajar tingkatan 6, bacaan al-Quran dan kuiz berdasarkan ceramah yang diberi daripada Ustaz undangan iaitu Ustaz Afnan Faiz Ridzuan dari SMK Voksyenal Kuching Batu Lintang. Semua pelajar dan guru beragama Islam telah hadir bagi menjayakan sambutan ini.

Perkhemahan KRS Peringkat Sekolah



Perkhemahan ini diadakan pada 12 hingga 13 Februari 2011 bertempat di SMK Pending. Guru-guru yang terliabt ialah Pn Soffie Balqis, En Alexander, En Mos Sinus, Pn Siti Sara, Pn Rosla, Pn Ho Yoke Yeng, Pn Siti Reges dan Pn Nenny. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Kawad kaki, Pertandingan Khemah Terbaik dan Pertandingan Persembahan Kebudayaan. Ahli Terbaik Mohd Hisyamudin (5S2). Penyampaian hadiah dilakukan oleh PKKK pada Majlis Penutupan Rasmi Perkhemahan.

Kejohanan Merentas Desa MSSM 2011




Kejohanan Merentas Desa Cabaran Santubong 2011 telah diadakan pada 6.3.2011. Pertandingan ini bermula seawal pukul 7.40 pagi dan berakhir kira-kira pukul 9.30 pagi. Setiap negeri menghantar pasukan masing-masing mengikut kategori Lelaki 18 TKB dan 15 TKB juga perempuan 18 TKB dan 15 TKB. SMK Pending terlibat dalam AJK penginapan dan makanan Keputusan rasmi Merentas Desa MSSM 2011 ialah

Perempuan 15
Johan Sarawak
Naib Johan Selangor
Tempat Ketiga Sabah

Perempuan 18
Johan Sarawak
Naib Johan Sabah
Tempat ketiga Selangor

Lelaki 15
Johan Selangor
Naib Johan Sarawak
Tempat ketiga Negeri Sembilan

Lelaki 18
Johan Selangor
Naib Johan Perak
Tempat ketiga Terengganu

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners