Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 6 SMK Pending



Minggu Orientasi bagi pelajar tingkatan 6 Rendah SMK Pending telah berjalan dengan lancarnya pada 11 hingga 15 Mei 2009. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya :

1. Ucapan Tuan Pengetua En.Joseph Ng
2. Ucapan PK HEM
3. Ucapan PK KO-KURIKULUM
4. Program Motivasi
5. Sesi Suai Kenal
6. Ceramah Ko-kurikulum
7. Sukaneka
8. Ceramah guru-guru subjek
9. Ceramah Peluang Kerjaya
10. Pembersihan Kelas

Majlis penutupan Minggu Orientasi Tingkatan 6 Rendah diadakan di Dewan Global. Ucapan perasmian penutupan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Sambutan Hari Guru SMK Pending 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Pending telah diadakan pada 16 Mei 2009 di dewan global SMK Pending.Syukur kehadrat Ilahi kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekalutan yang tidak dapat dielakkan.Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut,adalah:



1) Persembahan tarian etnik Bidayuh yg diiringi muzik tradisional secara langsung oleh
pemuzik sekolah.

2) Persembahan muzik moden secara langsung oleh pemuzik sekolah dengan
mempersembahkan 2 buah lagu iaitu 1- madu dan racun
2- nuri
3) Ikrar guru dan 2 lagu yg dinyanyikan oleh para pendidik SMK Pending
iaitu :
1- kami guru Malaysia
2- pendidik bumi kenyalang

4) Persembahan puisi bahasa melayu dan bahasa cina oleh pelajar tingkatan 2 dan 4

5) Tayangan video para pendidik SMK Pending

6) Persembahan tarian joget Malaysia oleh 9 orang guru yang menggelar kumpulan mereka Old Star.

7) Persembahan karaoke oleh Pengetua SMK Pending iaitu Encik Joseph Ng. dan
Penolong Penyelia petang iaitu Encik Paong Langkas.

8) Persembahan penutup oleh penari sekolah yang mempersembahkan tarian
Rampaian Melayu Tradisional diberi nama Dondang Asmaraloka.

Alhamdulillah,guru-guru seronok menikmati persembahan yang disajikan pada hari tersebut.Lembaga Pengawas menyusun sepuluh jari sekiranya terdapat kekurangan dan kekalutan sepanjang majlis dijalankan.







Disediakan Oleh ,
MOHD NAZRI
(KETUA PENGAWAS LELAKI
SMK PENDING)

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners