Profesion Keguruan dan Etika Kerja

Program ini merupakan salah satu LDP yang diadakan di SMK Pending. Diadakan di Dewan Global SMK Pending melibatkan semua warga pendidik yang berkhidmat di sekolah ini. LDP ini diadakan pada 25.2.2012 yang disampaikan oleh Dr Shahri Abdul Rahman yang didatangkan khas dari IAB cawangan Kuching. Sesi pertama merupakan ceramah beliau berkaitan tajuk ini. Pada sesi kedua guru-guru dikehendaki membuat aktiviti yang dipanggil oleh Dr Shahri sebagai "Kopitiam Chat" tajuk aktiviti ini ialah masalah pembelajaran dan    langkah mengatasinya. LDP ini bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 12.00 tengah hari. 

Maulidur Rasul SMK Pending 2012


sambutan Maulidur rasul ini diadakan pada 22.2.2012 di Dewan Global SMK Pending. Seramai 364 orang pelajar Islam SMK Pending terlibat dalam program ini. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Sarbini Dahlan dari Hikmah Petra Jaya telah dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan kali ini. Selain daripada ceramah para pelajar juga dihidangkan dengan tayangan video. Pada majlis penutupan selawat ke atas nabi telah dijalankan

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners