Pertandingan Bola Tampar 18T kebawah

Pertandingan ini dianjurkan oleh  SMK Jalan Arang pada 16 hingga 19 Januari 2012 bertempat di Stadium Tertutup Datuk Kawada, Taiyo Yuden. SMK Pending telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 13 pemain ke pertandingan tersebut diiringi oleh dua orang guru iaitu Cik Lim Lee Kian dan Cik Ho Ben Sien

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut. Daripada tiga perlawanan SMK Pending berjaya mengalahkan SMK Matang Hilir. Bagaimanapun dalam dua perlawanan yang lain iaitu dengan St. Mary dan SMK Lundu, SMK Pending menemui kegagalan yang tidak diduga. Syabas kepada pemain yang mewakili sekolah. Semoga tahun depan akan memperoleh kejayaan.




Pendaftaran Unit Beruniform 2012

Pada 17 Januari yang lalu SMK pending telah mengadakan pendaftaran ahli baru Unit Beruniform. Para pelajar yang berminat hendaklah mendaftar salah satu badan beruniform yang terdapat di SMK Pending. Pendaftaran bermula pukul 1.00 hingga 2.00 petang melibatkan pelajar sesi pagi dan petang.




 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners