Pemeran Pendidikan dan Kerjaya

Pameran pendidikan dan kerjaya ini telah diadakah di Dewan Global SMK Pending pada 18 Jun 2015. Pameran ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bertujuan membantu pelajar untuk memilih jurusan yang sesuai apabila mereka tamat persekolahan nanti. Semua pelajar tingkatan 5 dan 6 dijemput hadir untuk mencari peluang-peluang yang ditawarkan oleh intitusi tempatan.









Sambutan Hari Guru 2015

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 29 Mei 2015 bertempat di Dewan Global SMK Pending. Pelbagai acara telah diadakan iaitu sesi fotografi, perarakan masuk guru ke dewan.

Persembahan dimulakan dengan Nyanyian lagu "Negaraku" dan nyanyian Ibu Pertiwiku, kemudian diiringi bacaan doa dan ucapan daripada ketua pengawas dan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan dan Menteri Pelajaran. Pengetua kemudiannya merasmikan perayaan guru peringkat sekolah.

Bacaan Ikrar para guru dan nyanyian Kamu Guru Malaysia dan Fly Kenyalang Fly telah mengamatkan suasana dewan. Kemuncak acara ialah dengan pemotongan kek dan penyampaian hadiah kepada beberapa orang guru yang bernasib baik. Persembahan terakhir merupakan persembahan para pelajar.








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners