Karnival Kokurikulum dan Votek

Karnival Kokurikulum dan Votek ini diadakan pada 19 Ogos 2017 yang dirasmikan oleh Dr. Annuar bin Rapaee, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam. Dalam ucapan perasmian itu beliau dengan berbesar hati telah menyumbangkan derma kepada PIBG bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermakna kepada pelajar sekolah ini. Beliau kemudiannya merasmikan karnival Kokurikulum dan Votek ini dengan memukul gol.  Terdahulu daripada itu beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada guru dan kelas yang berjaya mengumpul wang kutipan ceriaton terbanyak. Pengetua SMK Pending kemudiannya telah membawa beliau untuk menanam pokok dan merasmikan taman-taman yang berada di sekitar kawasan sekolah.

   Sementara itu semua pelajar telah bergotong royong membersihkan kelas masing-masing. Gerai-gerai jualan telah dibuka bagi mereka yang ingin membeli makanan dan minuman. 























Johan Pertandingan Taman dan Landscape 2017

Sempena Sambutan Perayaan Pesta Kuching 2017, Pihak MBKS telah menganjurkan pertandingan Taman dan Landscape sekolah. SMK Pending telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut. Pengetua SMK Pending bersama Cikgu Debbie Bong telah menerima hadian tersebut berupa wang ringgit sebanyak RM 3 000.00 beserta piala. 

Tahniah kepada warga SMK Pending yang melibatkan semua pihak uttuk mencantikkan taman dan landscape sekolah. Semoga warga SMK Pending menghargai dan memelihara keindahan taman sekolah kita agar sentiasa dijaga dan dipelihara.





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners