Kejohanan Sofbol Perempuan dan Lelaki 18/15 MSSM 2014

Kejohanan ini diadakan di dua tempat berasingan. Kejohanan bermula pada 1 hingga 5 April bagi sofbol perempuan yang diadakan di St.Thomas manakala bahagian lelaki pula diadakan di SMK Lake bermula dari 8 hingga 12 April 2014. Antara guru yang terlibat dalam kejohanan ini ialah Cikgu Mah-Mhad Zul Kenedy, Teo Fang Yiang, Pn Neny Jimmy dan Pn.Masiah.

SMK Pending telah mendapat tempat ketiga Kategori perempuan 18,  Lelaki 15 tahun dan Lelaki 18 tahun. Bagaimanapun beberapa orang pelajar SMK Pending telah terpilih mewakili bahagian. Mereka adalah:

1. Sapika 
2. Amyrul
3. Nadia
4. Nur Nadirah
5. Nur Sofia Wahab
6. Nurshanita
7. Mohd Khairulnizam Junaidi
8. Tajuddin Sahak

Suasana di tempat pertandingan di SMK St.Thomas


 Suasana Pertandingan di SMK Lake



Pingat Emas Kejohanan Taekwando Peringkat Kebangsaan

Melina Yii merupakan pelajar tingkatan 5 SMK Pending. Beliau telah mewakili Sarawak dalam Kejohanan Taekwando Peringkat Kebangsaan (ITF). Sebanyak tiga buah sekolah dari Sarawak telah menyertai kejohanan ini. Selain SMK Pending, SMK Green Road dan SMK Sg Maong turut menghantar wakil ke kejohanan ini. Hanya SMK Pending sahaja menghantar seorang wakil manakala dua buah sekolah yang lain itu telah menghantar beberapa orang wakil. Keseluruhannya Sarawak telah meraih 9 pingat emas, 4 pingat perak dan beberapa lagi pingat gangsa. Salah satu pingat emas yang diperolehi Sarawak ialah datangnya daripada Melina Yii. Melina Yii merupakan pengerusi kelab Taekwando SMK Pending, beliau sebenarnya kali pertama menyertai kejohanan peringkat kebangsaan. Sebelum ini beliau pernah memenangi pingat perak dalam kejohanan Borneo Cup pada tahun lepas. Pada tahun ini beliau dijangkakan akan menyertai kejohanan yang sama yang akan diadakan pada bulan Jun atau Julai. Tahniah Melina Yii.



Pertandingan Kabaddi Bahagian Kuching 2014

Pertandingan ini diadakan di SMK Batu Lintang melibatkan semua kategori lelaki dan perempuan. Semua sekolah yang mengambil bahagian berkampung selama tiga hari bermula dari 23 April hingga 25 April 2014. Smk Pending telah menghantar Lelaki dan perempuan bawah 15 tahun dan 18 tahun. Guru-guru pengiring terdiri daripada empat orang. Mereka ialah En Lai Y.W., Puan Rabuyah, Puna Siti Aminah dan En Randy. Berikut adalah keputusan penuh bagi SMK Pending.

Lelaki bawah 15 tahun  -  Tempat keempat
Lelaki bawah 18 tahun  -  Tempat kedua

Perempuan bawah 15 tahun -  Tempat keempat
Perempuan bawah 18 tahun -  Tempat ketiga.

Tahniah keatas pasukan Kabaddi SMK Pending




 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners