Hari Pendaftaran Unit Beruniform

Hari Pendaftaran Unit Beruniform telah diadakan pada 9 Januari 2013 untuk pelajar tingkatan 1 dan peralihan. Pelajar-pelajar baru boleh melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Beruniform ini dan boleh mendaftar pada mana-mana badan beruniform yang mereka minat. SMK Pending telah menawarkan banyak pilihan untuk pelajar menyertai mana-mana  badan beruniform yang mereka minati

Program Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1

Program Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sesi petang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Rabu hingga hari Jumaat dan melibatkan semua pelajar Peralihan dan tingkatan 1. Program ini secara keseluruhannya berbentuk ceramah dan para peserta didedahkan dengan maklumat umum tentang pentadbiran sekolah, hal ehwal murid, kokurikulum dan pengetahuan tentang subjek teras dan subjek elektif yang akan dipelajari di sekolah menengah.

Tujuan program orientasi dijalankan adalah membantu pelajar-pelajar yang sihat dari segi psikologi bagi menjadi lebih sensitif, peka, dan mampu berfungsi secara lebih sempurna serta dapat membuat penyesuaian diri yang positif melalui pengalaman orientasi ini. Dalam program ini, input yang disampaikan melalui ceramah dan aktiviti bimbingan dan kaunseling yang digunakan berkesan dalam membuka minda para peserta yang mengalami proses peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam remaja. 

Para peserta turut dilatih untuk menyanyikan lagu sekolah dan Lagu Negaraku dengan betul, bersemangat dan penuh penghayatan melalui bimbingan daripada guru-guru senior SMK Pending. 





Selamat Bertugas di Sekolah Baru

Selamat bertugas di sekolah baru kepada Cikgu Siti Sara yang diarahkan berpindah ke SMK Matang Jaya. Beliau mula berkhidmat di SMK Pending sejak Jun 1996. Ketika itu beliau menjadi Gutu Kanan Bahasa. Bermula dengan gred DG 41, beliau telah memohon untuk menjadi guru cemerlang dan  berjaya memegang jawatan itu bermula tahun 2003 dengan gred yang disandang iaitu DG 48. Beliau kemudiannya telah menjadi guru akademik tingkatan 6 dan dinaikkan pangkat menjadi DG 52. Pada tahun 2012 beliau dinaikkan pangkat menjadi guru tingkatan 6 gred DG 54. 
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan beliau selama ini dan sempena Majlis perpisahan itu diadakan sedikit jamuan dan hadiah sebagai kenang-kenangan sebagai membalas jasa beliau.










 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners