Pre-Gawai Dinner SMK Pending 2013

Diadakan pada 18 Mei 2013 yanglalu bertempat di Hotel Harbour View. Tema kali ini ialah "Tikuruk Bigawea Bisamah". Host pada kali ini ialah Bidayuh Ethic.

Antara tetamu yang hadir adalah Tuan Pengetua En IvorEmannuel Lim, dan  PK I Pn. Hii Kwong Ing. En Ivor Lim mengucapkan setinggi-tingi penghargaan kepada Jawatankuasa kerja Pre-Gawai Dinner SMK Pending tahun 2013 kerana berjaya mengadakan Makan Malam Gawai  yang manyatukan para pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan tetamu-tetamu jemputan dengan mengetengahkan budaya etnik Bidayuh, Iban dan orang Ulu. Beliau juga teruja dan tertarik dengan persembahan dan penyampaian para tetamu yang berpakaian lengkap tradisional Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Acara yang menarik pada malam itu ialah persembahan Dayung Borih" dari etnikBidayuh, tarian kaum Iban dan acara kemuncaknya ialah "Nyigar" iaitu Upacara menyeru roh dan merestu hasil padi tuaian baru secara simbolik. Selain daripada itu terdapat juga acara cabutan bertuah, Kumang dan Keling of the night. Kumang dimahkotakan kepada Pn.Dora dan Keling dimenangi oleh Mr. Teo Fang Yiang.

Semoga Pre-Gawai dinner akan datang akan diteruskan dengan sokongan yang jitu dan padu dari semua guru dan kakitangan sekolah.

Laporan disediakan oleh
Pn Marylene Placid




Untuk gambar-gambar yang lain sila klik di sini

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners