PENGUMUMAN SPM 2018 DAN PAMERAN IPTS

OLEH: Hassan


SMK Pending telah mencatat keputusan SPM dengan peratus kelulusan 68.37%. GPS mencapai 5.64 dengan 147 orang pelajar layak mendapat sijil SPM. Manakala mata pelajaran yang mencatat kelulusan 100% ialah Sains SUkan, Geografi, PSV, Fizik, Kimia, Biologi, Perniagaan dan Bahasa Cina. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar lepasan SPM dan juga para guru yang telah mencurahkan tenaga bagi memastikan anak didik mencapai keputusan yang memberangsangkan ini.

Pelajar Terbaik SMK Pending, Alicia Tan Tze Sing



















KARNIVAL AKADEMIK 2019 SMK PENDING

OLEH: Hassan


Karnival Akademik SMK Pending  telah diadakan pada 13 Mac 2019. Ianya membawa tema Memacu Kearah Pembentukan Generasi IR4.0. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Yanhg Dipertua PIBG, Puan Kinna Ak. Achu. Pelbagai aktiviti diadakan seperti jualan Food Truck, Pameran Sains, Pameran Robotik, Pertandingan Penulisan, Pidato, Permainan Sukan dan banyak lagi.
Antara objektif:
1. Memperkembangkan bakat pelajar
2. Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi pelajar
3. Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedran estetik pelajar
4. Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri pelajar.































MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2018

OLEH: HASSAN

Tahniah kepada semua pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang kali ini. SMK Pending telah melangkah setapak lagi dengan mencatat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2018. SMK Pending telah mencatat tempat  ke 11 terbaik seluruh Sarawak dan tempat ke-3 terbaik di seluruh Kuching. CGPA telah meningkat daripada 2.92 mata ke 3,07 mata. Semoga kejayaan yang membanggakan ini menjadi sumber inspirasi kepada pelajar yang lain. Tahniah juga kepada semua guru Tingkatan 6 yang telah bertungkus lumus memberi bimbingan terbaik kepada para pelajar mereka.


















 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners