Majlis Iftar 2017 SMK Pending

Majlis Iftar ini di adakan di Dewan Global SMK Pending pada 15 Jun 2017. Majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat sumbangan daripada Yayasan Ikhlas dan guru-guru muslim SMK Pending.  Persiapan awal telah dilakukan sejak 11.30 pagi. Guru-guru yang ada masa kelapangan telah membantu untuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran bukan sahaja Tuan Pengetua En Yong Ing Thung malah PK Pentadbiran dan PK Tg 6  dan beberapa orang guru bukan muslim.  Selesai majlis berbuka puasa pelajar dan guru muslim mengadakan solat maghrib secara berjemaah. Sementara menantikan waktu isyak diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada 70 orang pelajar yang dikenal pasti layak menerima sumbangan. Lima puluh orang daripada mereka mendapat sumbangan daripada Yayasan Ikhlas dan 20 orang pelajarlagi mendapat sumbangan daripada guru-guru muslim SMK Pending. Penyampaian sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi Yayasan Ikhlas. PK HEM Ustaz Awang Ariffin turut membantu menyampaikan sumbangan dan ucapan sebelum majlis ini bermula. Seramai 129 orang pelajar hadir dalam majlis ini. 









 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners