Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik Bersempena Bulan Kemerdekaan 2012

Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 1.8.2012 bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 9.50 pagi. Pertandingan ini melibatkan semua unit beruniform yang ditawarkan di SMK Pending.

Objektif pertandingan ini ialah :


                                 i.            Memupuk semangat patriotik di kalangan murid
                               ii.            Menyemai semangat bekerjasama di kalangan murid pelbagai kaum
                              iii.            Mengembangkan potensi dan kreativiti murid semasa membuat persembahan

Setiap unit beruniform dikehendaki menyanyi dua buah lagu patriotik iaitu lagu wajib dan lagu pilihan mereka
sendiri. Pasukan dari Kadet Polis telah menjadi Johan diikuti dengan St John Ambulan mendapat tempat kedua.
PKBM (L) mendapat tempat ke-3. Hadiah disampaikan oleh Puan Hii, PK Pentadbiran.





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners