Program Gemilang

Program Gemilang bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR telah diadakan pada 12.8.2009.




Bagi pelajar yang mengambil SPM, satu ceramah teknik menjawab pengetahuan Agama Islam telah diadakan di bilik APD. Penceramah merupakan PK HEM Sekolah Menengah Sains Kuching iaitu Cikgu Siti Zulaiha Binti Ibrahim.




Sementara itu, bagi Pelajar yang mengambil PMR, ceramah telah diadakan di Dewan Global SMK Pending iaitu berkaitan dengan mata pelajaran Sains. Penceramah didatangkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang iaitu Encik Tipik ak Ladi.




Pada sebelah petangnya pula diadakan ceramah teknik menjawab SPM bagi mata pelajaran bahasa Cina yang disampaikan oleh Cikgu Lim Yen Yee dari SMK Kuching High. Bagi pelajar PMR yang mengambil bahasa Cina, ceramah sebenarnya telah diadakan minggu sebelumnya yang disampaikan oleh Cikgu Ngoi Hea Lan dari Sekolah SMK KUching High.

Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Kebangsaan 2009



Perkhemahan PKBM (L) Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kedah pada 5 hingga 10 Julai 2009. Tiga buah sekolah telah teribat bagi zon Sarawak iaitu SMK Pending (13 orang), Sekolah Teknik Matang (6 orang), dan Sekolah Menengah Bandar Kuching No.2 (11 orang). Guru Pengiring bagi zon Sarawak ialah Cikgu Rafidah Mohd Rafat, cikgu Hasan dan Ustaz Adni

Antara aktiviti yang telah diadakan ialah
1. WaterConfidence
2. Berkayak
3. Berenang

Selain itu diadakan pertandingan kebudayaan, "piping",ikat tali,kawat kaki,hoki keladak,bola jaring,bola tampar dan menembak.

Pihak tuan rumah juga telah mengadakan siri lawatan bagi kontingen Sarawak iaitu lawatan ke Pekan Rabu, Pusat Sains, Muzium Padi, Masjid Zahir, Menara Alor Star, Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohammad

Malam Penghargaan Pengawas Sesi 08/09






"Malam penghargaan Pengawas Sesi 08/09" telah berlangsung dengan sempurnanya pada 17 Julai 2009 bertempat di Kuching Park Hotel. Seramai 55 orang pengawas menghadirkan diri pada malam tersebut disertai dengan 11 orang guru termasuk Pengetua Sekolah, En Joseph Ng, PK Pentadbiran,Mdm Hii, PK Hem, Mdm Wong dan PKKK En Hamid.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
1. Ucapan alu-aluan
2.Bacaan doa perpisahan" oleh ketua pengawas lelaki - Mohd Nazri
3.Ucapan oleh ketua pengawas perempuan - Victoria Akiew
4.Ucapan Tuan Pengetua
5.Jamuan bermula diiringi dengan nyanyian karoake
6.Lucky Draw
7.Tarian Poco-poco

Semua guru yang hadir mendapat hadiah saguhati. Majlis Malam penghargaan ini berakhir pada pukul 10.30 malam

laporan disediakan oleh
Victoria Akiew
Ketua Pengawas Perempuan 08/09

Latihan Dalaman B.Melayu dan B.Inggeris

Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan kursus dalamannya pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 8.8.2009. LDP bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Antara Guru yang memberi ceramahnya ialah

1. Puan Siti Sara - "Majalah dalam Kelas"
2. Cik Thian Hian Fah - Penulisan Cerpen
3. Encik Khalic Abdul Hamid - Pemulihan

Sementara itu dalam masa yang sama panitia Bahasa Inggeris juga mengadakan kursus dalamannya. Penceramah bagi kursus dalaman panitia Bahasa Inggeris ialah

1. Puan Lee Lai Choo - Merealisasikan Item
2. Puan Norela Abdullah - News Paper in English dan PLBS

Kedua-dua panitia ini kemudiannya bergabung semasa sesi ceramah Cikgu Siti Sara. Berikut slide gambar aktiviti mereka

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners