CMS Menabur Bakti di SMK Pending



            Hari Sabtu , 22 Mac 2014 yang lepas,  pihak CMS telah menyumbang bakti melalui Program Tanggungjawab Sosial (Corporate Social Responsibility):  Membaikpulih dan menaiktaraf pagar SMK Pending.  Seramai 25 orang pekerja CMS telah terlibat dengan diketuai En. Suhadi Sulaiman, GM Marketing CMS. Turut hadir menyumbang tenaga  ialah  AJK PIBG SMK Pending dan beberapa orang guru lain serta para pekerja SMKP.   Majlis ringkas bermula dengan ucapan penghargaan dan terima kasih oleh Encik Ivor Lim, Pengetua SMK Pending.  Simbolik acara Encik Ivor Lim, Encik Suhadi Sulaiman dan Puan Han Chong Eng (Yang Dipertua PIBG SMKP)  bersama-sama memotong pagar lama nan usang. Gotong royong membuka pagar lama dari Pintu Pagar Kedua hingga ke Kuarters Pekerja SMKP berakhir pada pukul 10:00 pagi.  Projek memasang pagar baru mengambil masa seminggu , yang diusahakan pihak CMS.  Usaha ini juga merupakan salah satu daripada Program Sekolahku Ceria , satu program di bawah Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa.  Terima kasih kepada semua yang hadir!

Laporan disediakan oleh Anita Hasbi

Keadaan Pagar sebelum kerja-kerja pembaikpulihan


Kerja-kerja meruntuhkan pagar lama


Pagar baru yang sudah siap dibina


Bergambar kenangan bersama-sama AJK PIBG dan pekerja CMS


SEMINAR SKOR A MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN

Objektif :
i)  mendedahkan pelajar cara-cara pembelajaran Matematik yang menarik dan dapat membantu mereka menumpukan perhatian mereka semasa PdP
ii) membantu pelajar meningkatkan prestasi Matematik
Anjuran bersama: Syarikat Galaksi  dan SMK Pending
Penceramah: Pn. Chiew & Encik Liu dari Syarikat Galaksi
Jadual seminar
Tarikh
Waktu/masa
Tempat
Subjek
Sasaran
26/2/14
1, 2 & 3
Bilik APD
Matematik
4S2, 4S3,4A

5, 6 & 7
Bilik APD
Matematik Tambahan
5S1 & 5S2
4/3/14
1.15 – 3.45p.m
Bilik APD
Matematik
Ting. 3 (61 orang)

Kelebihan:
i)                    pelajar-pelajar tertarik dengan teknik baru PdP Matematik yang         disampaikan
ii)                  pelajar-pelajar lebih ingat cara penyelesaian dengan cara baru           tersebut

iii)                menimbulkan rasa/minat pelajar untuk belajar Matematik

Laporan disediakan oleh Tan Hui Ling

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners