Hari Permuafakatan dan Karnival G4K SMK Pending

Hari Permuafakatan dan Hari Gerak Kerja Kurikulum dan Kokurikulum (G4K) diadakan seretak pada 4 Julai 2009. Sambutan Hari permuafakatan sungguh menggalakkan jika dilihat begitu ramai ibu bapa datang untuk mengambil buku laporan anak mereka. Secara tidak langsung guru-guru dan ibu bapa dapat berbincang dan mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan anak mereka dalam pelajaran disamping dapat memupuk hubungan yang erat antara ibu bapa dan guru.

Dalam masa yang sama Karnival G4K diadakan. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya jualan makanan daripada kelab dan juga Unit beruniform di medan letak kereta. Pelbagai juadah makanan dijual dan terdapat 18 buah gerai telah dibuka. Salah satu gerai yang unik ialah jualan susu kambing ("Hi Goat") yang diusahakan oleh pengusaha terkenal, Cikgu Mohd Khalic dan Cikgu Abdul Hamid Alias. Pembelian makanan hanya boleh dibeli dengan menggunakan kupon. Ibu bapa yang datang mengambil buku laporan anak-anak mereka telah memeriahkan lagi suasana di gerai jualan makanan.

Selain itu diadakan juga pertandingan "Shuffle" dan karaoke. Sebanyak 4 kumpulan Shuffle menyertai pertandingan ini sementara bagi pertandingan karaoke pula melibatkan sembilan orang peserta. Pertandingan ini diadakan di Dewan Global SMK Pending. Setiap pelajar dikehendaki membayar RM 1 00 untuk melihat pertandingan ini.

Sementara itu di Bilik MPV diadakan "Battle of the band". Terdapat sembilan kumpulan berbakat yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Pending. Cikgu Andy Arjuna dan Cikgu Roslan Sumiran merupakan orang yang berusaha menjayakan pertandingan ini.

Bidang Matematik dan Sains mengambil kesempatan Karnival G4K ini untuk mengadakan pameran Sains dan Matematik yang diadakan di makmal Sains SMK Pending. Menurut Ketua Bidang Matematik dan Sains Pn Jong Jee Fung, pemeran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang ilmu sains dan matematik itu sendiri disamping menguji minda pelajar.

Bagi aktiviti yang melibatkan pasukan unit beruniform, satu pertandingan kawad kaki telah diadakan di medan letak kereta. Pasukan yang terlibat ialah St.John Ambulance, Bulan Sabit Merah, Pengakap, Boys Brigade, Kadet Polis dan Kadet Remaja Sekolah.

Kemuncak G4k diserikan lagi dengan cabutan bertuah. Terdapat banyak hadiah yang ditawarkan. Peluang untuk mendapat hadiah lebih cerah jika banyak membeli kupon.










SMK Pending johan keseluruhan Pertandingan Tarian antara sekolah menengah peringkat negeri Sarawak

Pada 23 hingga 25 Mei 2009, pertandingan tarian antara sekolah menengah dan sekolah rendah Peringkat negeri Sarawak telah diadakan di Dewan Suarah Sarekei. Sebanyak sepuluh bahagian telah menghantar wakil masing-masing ke pertandingan tersebut. SMK Pending yang merupakan wakil bagi bahagian Kuching telah menghantar seramai 12 orang penari termasuk simpanan. Ketua Kontingen Kuching ialah pengetua SMK Pending sendiri iaitu Encik Joseph Ng Shan Tsing manakala pengurus pasukannya pula ialah En Abdul Hamid Alias. Guru Pengiring bagi penari-penari ini ialah Puan Catherine Leonard dan En Nordin.
Syabas diucapkan sekali lagi kerana mendapat Johan Keseluruhan dalam pertandingan ini. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan ini

Tarian Rampaian Melayu Tradisional
Johan : Bahagian Kuching
Naib Johan : Bahagian Bintulu
Tempat ketiga : Bahagian Miri

Tarian Etnik/Tarian Rakyat.
Johan : Bahagian Betong
Naib Johan : Bahagian Semarahan
Tempat ketiga : Bahagian Kuching

Keputusan Keseluruhan
Johan : Bahagian Kuching
Naib Johan : Bahagian Bintilu
Tempat ketiga : Bahagian Semarah.

Dengan keputusan ini bermakna SMK Pending akan mewakil Sarawak dalam pertandingan tarian peringkat kebangsaan yang akan diadakan di negeri Kedah. Syabas diucapkan!!!

Pusat Latihan Kokurikulum Sarawak - Aktiviti PUB SMK Pending

Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform (PUB) SMK Pending telah diadakan pada 26 hingga 28 Jun 2009. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dijalankan setiap tahun yang melibatkan pasukan Unit Beruniform SMK Pending. Sepanjang tarikh tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya

1. Mendirikan Khemah
2. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
3. Kembara Malam (Pantai)
4. Senaman Pagi
5. Absailing
6. Wall Climbing
7. Team Building
8. Malam Persembahan bagi setiap unit beruniform
9. Pertandingan Orientering

Aktiviti ini juga melibatkan sekolah lain iaitu SMK Semerah Padi melalui Program RIMUP. Segala aktiviti berjalan dengan lancar dengan perasmian penutupan oleh Cikgu Abdul Hamid Alias iaitu guru Penolong Kanan KK. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.


























 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners