Pesta Pantun 2010











Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Bahagian Kuching telah diadakan di SMK Pending
pada 21hingga 23 April 2010. Pertandingan ini dianjurkan bersama dengan Pejabat Pelajaran Daerah Kuching. Sebanyak 32 buah sekolah yang mengambil bahagian. SMK Pending berjaya hingga ke pusingan kedua sahaja.
Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pn Fiziah Abdullah, timbalan PPD Kuching. Pertandingan akhir ini telah diadakan di Dewan Global SMK Pending. Berikut keputusan pertandingan

Tempat pertama : SMT Sejingkat
Tempat Kedua : SHOAW
Tempat ketiga : SM Bandar Kuchig No.2
Tempat keempat : TUNAZ

Pertandingan Kawad Kaki KRS dan NGO







Pertandingan kawad Kaki KRS dan NGO telah diadakan di SMK Matang Jaya pada 21 April 2010. SMK Pending telah mengambil bahagian yang diiringi oleh Cikgu Siti Nurshiela dan Cikgu Roslan Juis. Sebelum berangkat ke Sekolah Matang Jaya, Pengetua SMK Pending telah memberi sokongan moral kepada para pelajar yang mengambil bahagian. SMK Pending juga mendapat pujian dari sekolah-sekolah lain kerana pasukan KRS dari SMK Pending lebih teratur dan mantap jika dibandingkan tahun sebelumnya. Syabas kepada pasukan KRS SMK Pending.

PROGRAM UJIAN URIN (KLINIKAL), CERAMAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) TAHUN 2010




Program ini diadakan pada hari Selasa bersamaan 20 April 2010 bertempat di Dewan Global SMK Pending. Program ini melibatkan seramai 200 lebih orang pelajar, iaitu dari kelas tingkatan 3, 4, dan 5. Semasa program ini, seramai 30 orang pelajar iaitu 4 orang pelajar perempuan dan 26 orang pelajar lelaki yang telah dikenalpasti berisiko tinggi daripada pelbagai kelas di pilih untuk membuat Ujian Urin dan pelajar yang lain untuk mendengar ceramah dan melihat pameran yang disediakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan.
Penglibatan kaunselor pelatih untuk program ini adalah ditugaskan untuk menyediakan dewan, menyusun kerusi, memastikan peralatan berfungsi dengan dan menyediakan cenderamata kepada penceramah. Sepanjang berada di dewan, kaunselor pelatih dapat melihat pelajar dapat memberi kerjasama dengan baik terhadap penceramah iaitu Abang Hasahari Shah Bin Awang Hashi dan Puan Jasica dari AADK Daerah Kuching.
Pada pukul 9.30 pagi kaunselor pelatih pergi ke bilik APD sekolah untuk menemani empat orang pelajar perempuan untuk mengambil ujian air kencing.

Laporan oleh Magdalene - Kaunselor Pelatih

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners