Pada 5 - 7 Januari 2011 bersamaan hari Rabu, Khamis dan Jumaat, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang SMK Pending telah menganjurkan Program Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 bagi tahun 2011. Program ini bertujuan untuk menyesuaikan diri pelajar-pelajar baru dengan persekitaran sekolah, mata pelajaran baru serta guru-guru di sekolah di samping memberi maklumat tentang disiplin dan biasiswa. Di samping itu ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara sesama pelajar, memupuk semangat cinta akan sekolah serta bersemangat untuk menimba ilmu di SMK Pending. Sebanyak 441 orang pelajar daripada 3 kelas peralihan dan 11 kelas Tingkatan 1 terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah ceramah tentang mata pelajaran-mata pelajaran baru oleh guru-guru penyelaras bagi setiap subjek, slot B&K serta nyanyian lagu sekolah.
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 TAHUN 2011
Mansor Zainal, 16 February 2011
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling
Subscribe to:
Posts (Atom)