Mari Makan Sebelum Cuti Sekolah

Seperti kebiasaan warga pendidik SMK Pending mengadakan juadah bawaan (pot luck) sebelum cuti sekolah. Juadah ini dibawa oleh guru guru SMK Pending untuk sama-sama menikmati kehebatan masakan masing-masing. Bagaimanapun satu peristiwa gempar telah berlaku apabila satu jaudah daripada Puan Alilah telah hilang daripada pandangan. Juadah tempe goreng itu didapati terletak di atas meja Cikgu Chua Beng Keat. Barangkali dia hendak bawa balik ke rumah agaknya. Lihat juadah makanan yang dibawa oleh cikgu-cikgu.





Ceramah Motivasi SPM dan STPM

Pada 20.8.2009 satu ceramah motivasi STPM Bahasa Melayu telah diadakan di bilik APD SMK Pending. Ceramah ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga tamat persekolahan. Penceramahnya ialah Cikgu Siti Sara dari SMK Pending sendiri. Semoga ceramah ini memberi menafaat kepada pelajar yang mengambil STPM yang akan menjelang tiba.





Pada keesokan hari pula iaitu pada 21.8.2009, pihak sekolah telah menjemput guru yang tidak asing lagi Encik Phang Sin Nam untuk memberi ceramah motivasi bagi peringkat SPM. Beliau memberi ceramah tentang subjek SPM bagi mata pelajaran physic. Sesungguhnya pelajar 5S1 dan 5S2 amat bertuah dapat mendengar ceramah motivasi beliau. Sebelum itu, beliau telah dijemput untuk makan sebelum memberi ceramah kerana kebetulan pada pagi itu diadakan pot luck.

KEM KURSUS MEMANTAPKAN KEPIMPINAN PENGAWAS 2009


Pada 6-8 Ogos 2009 bertempat di SMK Semerah Padi telah berlangsung Kursus Memantapkan Kepimpinan Pengawas sesi 2009/2010. SMK Semerah Padi telah menjemput SMK Pending yang terdiri daripada 10 orang pengawas tingkatan 2 iaitu Nabilah Syazwani (2A), Claverance (2A), Muhd Nurhisham (2A), Jocy Jenet (2A), Ebecca Shandry (2B), Daryl Vyner (2D), Mas Amira (2J), Emarina (2H), Ronie (2I) dan Eddie (2I) serta 3 orang guru pengiring iaitu Encik Khalic, Pn. Norezayu serta Cik Raja Nurulhuda bagi menjayakan program RIMUP. Objektif kursus ini dijadikan aktiviti adalah :
I. Mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
II. Mengetahui dan memiliki kemahiran pengurusan organisasi yang berkesan dan berjaya.
III. Menghayati dan memiliki semangat bermuafakat dan kerja berpasukan untuk mencapai matlamat organisasi dengan cemerlang.
IV. Menyedari peranan pengawas secara mendalam berkenaan misi dan visi sebagai pemimpin di sekolah.
V. Menyedari kuantiti dan kualiti kepimpinan.

Di antara tentatif bagi pengisian kursus ini ialah latihan dalam kumpulan ( LDK ) dan ceramah-ceramah bertajuk ‘Tangungjawab & Peranan Pengawas’ disampaikan oleh En. Ahmad Zaidi b. Hj Untong, ‘Ciri-ciri Kepimpinan Seorang Pengawas’ disampaikan oleh En. Awang Mohd Najib b. Awang Chee dan ‘Pengucapan Awam’ disampaikan oleh Cik Shamsiah Hj Mahli. Apa yang diharapkan agar pelajar-pelajar SMK Pending telah mendapat input-input yang berguna bagi membentuk barisan pengawas yang memiliki cirri-ciri kepimpinan yang disegani dan mampu menjadi model kepada murid-murid lain dengan anggapan murid sebagai insan yang mempunyai masa depan yang cerah.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners