PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING 2015

Tarikh : 10-12 APRIL 2015
Tempat : Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Puncak Borneo & SMK Agama Matang 2
   Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat bahagian Kuching merupakan program tahunan Pasukan Kor Kadet Polis bersama Pejabat Pendidikan Bahagian Kuching (PPD) dan IPD Kuching (PDRM). Bagi tahun 2015, Sekolah Mengeah Kebangsaan Agama Matang 2 dan IPD Kuching telah diberikan amanah untuk mengelolakan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Bahagian Kuching. Perkhemahan pada tahun ini bertujuan untuk menguji kemampuan dan keberkesanan para anggota Kor Kadet Polis bagi mengaplikasikan kemahiran yang telah diperolehi dalam aktiviti yang diadakan di sekolah-sekolah.
    Perkhemahan ini telah disertai oleh 28 buah sekolah dari seluruh bahagian Kuching. Seramai 510 orang peserta termasuk 50 orang jurulatih, 25 anggota PDRM dan 15 orang urusetia telah menyertai perkhemahan ini.  Sebanyak 5 acara individu yang dipertandingkan iaitu kawad kaki, menembak M-16, ronda pandu arah, mara lasak dan rentas halangan.
   Kor kadet Mohd Ridhzuan Hakimi (5A) telah dipilih sebagai salah seorang peserta untuk acara kawad kaki peringkat negeri di Bintulu. 

Laporan disediakan oleh Ho Yoke Yeng




Hari Bersama Ibu Bapa dan Mesyuarat Agung PIBG 2015

Pada 11 April yang lalu telah diadakan Hari Bersama Ibu bapa yang bermula seawal 7.15 pagi. Ibu bapa berpeluang bersemuka dengan guru-guru untuk berbincang kelemahan dan penambahbaikkan prestasi anak-anak mereka.

Sementara itu mesyuarat Agung PIBG bermula pada 9.30 pagi yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Seramai lebih kurang 400 orang yang hadir pada mesyuarat Agung kali ini telah meluluskan empat usul: 

1)  Pihak sekolah tidak akan menjalankan siasatan dan spot check sekiranya           ada pelajar melaporkan kehilangan telefon bimbit.

2)  Yuran PIBG kekal RM 12.00 satu keluarga

3)  Elaun Koko untuk penyertaan peringkat negeri kekal RM 50.00 bagi pelajar        terlibat.

4)  Ibu bapa yang tidak hadir AGM diminta menyumbang RM 10 satu keluarga



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners