Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah 2011

Perkhemahan peringkat negeri  ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak yang telah diadakan pada 13 hinnga 17 Mac 2011 di SMK Kapit No.2. Bahagian Kuching menghantar seramai 22 orang peserta dan 4 orang guru pengiring bagi perkhemahan kali ini. Salah seorang peserta bahagian Kuching itu merupakan pelajar SMK Pending iaitu adik Daniel ak Michael.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut. Antaranya team building, ceramah, membina gajet, kem kraf, ikhtiar hidup/masakan rimba, sukaneka, persembahan malam kebudayaan, refleksi (Tayangan Slaid) dan Majlis perasmian penangguhan.




Sepanjang perkhemahan tersebut bahagian Kuching telah memenangi dua kategori pertandingan iaitu aktiviti ikhtiar hidup/masakan rimba dan persembahan malam kebudayaan

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners