Pertandingan Bola Baling Peringkat Bahagian Kuching







SMK Pending telah bertandang ke Sekolah Menengah Agama Matang untuk melibatkan diri dalam pertandingan bola baling perempuan bawah 18 tahun. Pasukan SMK Pending telah bertemu dengan sekolah SMK Matang Jaya. Keputusan pertandingan, SMK Pending seri 3 - 3 dengan SMK Matang Jaya. Dalam pertemuan yang kedua, SMK Pending bertemu dengan sekolah SMK St Mary. Dalam pertemuan ini SMK Pending menang 4 - 1. Perlawanan ketiga dengan SMK Gapor, SMK Pending kecundang 1 -5.

Pertandingan ini diiringi oleh guru pengiring iaitu :
1. Cikgu Salbiah binti Musa
2. Cikgu Zaidi Murni
3. Cikgu Siti Nuraya bt Marikan
4. Cikgu Abdul Hamid

Walaupun tewas dan tidak dapat masuk ke peringkat yang seterusnya, para pelajar yang terlibat berpuas hati dengan pertandingan ini dan berharap akan memperbaiki kelemahan yang ada untuk menghadapi cabaran pada tahun hadapan

Ceramah Motivasi dari PTPL




Ceramah motivasi dari PTPL telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada hari ini, 10 April 2010. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Royston Brauk yang bertajuk "Pengurusan Masa". Satu lagi ceramah bertajuk "Teknik Belajar Berkesan" disampaikan oleh Joss Agak. Semua pelajar tingkatan 5 SMK Pending telah di Dewan seawal pukul 8.00 pagi

True Love




Satu ceramah berkenaan soal cinta telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada hari ini iaitu 6.4.2010 bersamaan hari Selasa. Program ini telah menarik minat para pelajar dengan diadakan persembahan nyanyian sebagai pembuka tirai dan juga didedahkan sebuah kisah percintaan sepasang remaja yang telah mengundang kepada perbuatan yang terlarang. Gadis ini dikatakan telah mengandung anak haram dan tidak ingin kandungannya digugurkan. Teman lelakinya mencadangkan supaya digugurkan sahaja kandungan itu tetapi sigadis malang ini merasakan tindakan itu tidak baik. Akhirnya anak kandungan itu dilahirkan dan membesar seperti biasa. Si ibu berasa bersalah atas keterlanjuran perbuatannya itu.
Sebenarnya ceramah ini telah disampaikan oleh seorang penceramah dari Kuala Lumpur bernama Yap Suke Fong dibawah program I-Youth. Ceramah ini disampaikan dalam dua bahasa iaitu bahasa Mandarin dan bahasa Melayu. Yap Suke Fong berserta ahli-ahlinya dari Family Service Center cuba menerangkan kesucian cinta itu. Menurutnya cinta yang sejati semestinya berkawan dulu, kenali pasangan masing-masing secara mendalam dan akhirnya baru berkahwin. Semasa dalam percintaan perlu mendapat restu dari ibu bapa. Jika hendak keluar dari rumah perlu minta izin dari ibu bapa. Perhubungan cinta yang suci akhirnya membawa kepada perkahwinan secara sah. Perhubungan seks yang sihat dan suci akan melahirkan keluarga yang harmoni. Mesej yang cuba hendak disampaikan sebenarnya mahukan para pelajar supaya jika bercinta jangan sampai membawa kepada perhubungan seks secara haram. Halusi cinta itu hingga membawa kepada perkahwinan yang sah dan perhubungan seks yang sah.
Diakhir program ini para pelajar diberikan sepasang kad berbentuk cinta dan disana para pelajar berjanji kepada diri sendiri dan ibu bapa masing-masing tentang apa yang dipanggil "True Love" . Berikut kandungan Commitment Card itu :

"Believing that true love waits, I make a commitment to myself, my family, my friends, my future mate, and my future children to a lifetime of purity including sexual abstinence from this day until the day I enter a marriage relationship."

Pledger :
Witness:
Date

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners