Latihan Dalaman SMK Pending



Pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, sekali lagi pihak sekolah telah mengadakan latihan dalaman(LDP) Latihan dalaman ini merupakan kali kedua melibatkan semua tenaga pengajar SMK Pending. Latihan dalaman ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.

Latihan dalaman ini diadakan di Makmal komputer dan bilik APD. Antara tajuk yang dibentangkan ialah

1. Cara menggunakan perisian SAP 123, dan SAP 45 yang disampaikan oleh Puan Kok Gin Fung dan Ho Yoke Yeng
2. Menyediakan kertas kerja yang disampaikan oleh Cikgu Mohamad Yaakub dan Cikgu Zaidi Morni
3. Kajian Tindakan oleh Cikgu Joseph Tiyam dan Cikgu Mohd Zul Kennedy

Karnival Sukan Tradisional Kebangsaan 2009






Karnival Sukan Tradisional Kebangsaan telah berlangsung di Ipoh pada 24 hingga 26 Julai 2009. Ini merupakan kali pertama Sukan Kabaddi dipertandingkan dalam Karnival Sukan Tradisional Kebangsaan

Sarawak turut menghantar pesertanya yang terdiri daripada pelajar SMK Pending dan UiTM. SMK Pending telah menghantar 9 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki dengan diiringi jurulatih Melayu yang tidak asing lagi iaitu Puan Norela Hj Ibrahim. Antara sembilan orang pelajar perempuan yang terlibat ialah

1. Jessica Gayar
2. Elfa Mahawi
3. Sheree Lorna Munan
4. Nurul Ashikin Ana
5. Hazlinda Hussin
6. Hanisah Hassan
7. Moltyrina Hassan
8. Nadia Suraya Mohd Safardi
9. Suraini Darahan

Tiga orang pelajar lelaki yang terpilih daripada SMK Pending ialah
1. Azezan Wahab
2. Muhammad Syarifuddin
3. Gibson Lungan

Keputusan Pertandingan
Kategori Lelaki
Tempat Pertama : Negeri Sembilan
Tempat Kedua : Negeri Perlis
Tempat Ketiga : Negeri Sarawak

Kategori Perempuan
Tempat pertama : Negeri Selangor
Tempat Kedua : Negeri Kedah
Tempat Ketiga : Negeri Sarawak

Syabas diucapkan kepada negeri Sarawak. Walaupun sukan ini dimonopoli oleh kaum India, namun Sarawak telah membuktikan bahawa kaum lain juga boleh bermain sukan Kabaddi ini setanding dengan kaum India. Keputusan yang membanggakan ini diharap dapat menjadi perangsang kepada pelajar lain jika kita berminat untuk menceburi apa sahaja jenis sukan.

Laporan disediakan oleh
Puan Norela Hj Ibrahim

Kerjaya di Dunia Penerbangan

Ceramah kerjaya di dunia penerbangan telah diadakan di SMK Pending pada hari ini - 29 Julai 2009. Cermah ini dianjurkan oleh Transair iaitu sebuah pusat latihan yang bertauliah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Ceramah disampaikan oleh Datuk Tarmizi Mustaffa. Kursus ini akan diadakan selama seminggu di seluruh negara di beberapa tempat yang dipilih. Bagi Sarawak, kursus seminggu ini akan diadakan di Hotel Marlin Inn Jalan Nanas Kuching pada 6 September 2009. Tarikh tutup permohonan 20 Ogos 2009

Antara kursus yang ditawarkan ialah
1 Juruterbang (pilot)
2 Jurutera Penerbangan (Flight Engeneer)
3 Pramugari/Pramugara
4 Ticketing/Ground Handling (Customer Services)
5 Kerjaya Perbankan
6 Melanjutkan pelajaran ke luar negeri


Peserta yang berjaya dalam salah satu bidang yang dipilh di atas akan dianugerahkan "Certificate In Airline Operation". Satu kelayakan yang amat diperlukan oleh kebanyakan syarikat penerbangan yang beroperasi di dunia dalam pengambilan kakitangan baru. Bagi yang memilih kerjaya sebagai juruterbang, satu ujian khas akan diadakan. Mereka yang berjaya akan dihantar ke mana-mana kolej penerbangan untuk menjalani kursus juruterbang pula.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners