Perhimpunan Terakhir Sesi 2014

Perhimpunan ini diadakan pada 29.10.2014. Bersempena dengan perhimpunan ini beberapa hadiah telah disampaikan kepada pemenang pertandingan Sempena Bulan Kemanusiaan iaitu pertandingan menghias Sudut Pendidikan Moral yang bertemakan Patriotisme. Hadiah disampaikan oleh Pn Cecelia Ujuh

Selain daripada itu, hadiah juga disampaikan kepada pemenang pertandingan Kejohanan Piala Menteri Pelajaran 1 murid 1 sukan peringkat bahagian Kuching. SMK Pending telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan bola jaring dan bola keranjang. Pasukan bola jaring telah mendapat tempat kedua manakala pasukan bola keranjang mendapat tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Sementara itu hadiah khas telah diberikan daripada unit kokurikulum. Anugerah Pengurusan dan Pencapaian Cemerlang unit Berruniform, Kelab dan SUkan 2014. Anugerah kategori Unit beruniform dimenangi oleh pasukan PKBM(L). Bagi Kelab Akademik dimenangi oleh Kelab Sains. Kategori Kelab bukan akademik dianugerahkan kepada Kelab Kebudayaan.Kategori Kelab Sukan dan Permainan dimenangi oleh Kelab Kabbadi. Diharapkan anugerah ini mendorong kepada semua aktiviti kokurikulum bergerak dengan lebih aktif lagi







 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners