Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2010

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform telah diadakan di Pusat Perkembangan Kokurikulum di Santubong pada 25.6.2010 hari Jumaat dan berakhir pada 27.6.2010 hari Ahad. Perkhemahan ini turut melibatkan sekolah Semarah Padi sebagai salah satu program RIMUP.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan antara aktiviti tersebut ialah pendakian gunung Santubong, Persembahan pelajar yang berkonsepkan satu Malaysia, dan aktiviti-aktiviti pantai. Berikut beberapa gambar menarik yang sempat dirakamkan.









Sambutan Hari Guru 2010







sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Jun 2010. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Lembaga Pegawas SMK Pending 2009/10. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Ucapan Ketua Pengawas Sekolah, Ucapan Pengetua, pembacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran Malaysia, ikrar guru, Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang. Selain itu diadakan upacara pemotongan kek hari guru. selepas itu diadakan persembahan seperti Muzik tradisional, deklamasi sajak Bahasa China, Persembahan tarian Kelab Bahasa China, persembahan tarian Latin, persembahan tarian kebudayaan, persembahan muzik band, persembahan pelajar tingkatan 6 dan juga silat daripada cikgu Sazali.

Hari Koperasi SMK Pending 2010


Hari koperasi SMK Pending telah diadakan pada 28.6.2010 . Perasmian Hari koperasi sekolah telah dilakukan oleh Tuan Pengetua SMK Pending iaitu En Joseph Ng. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya menanam pokok bunga, gotong royong, jualan berdiskaun, dan perhimpunan khas pelajar. Selain itu beberapa orang pelajar membacakan perutusan dari Y.B Menteri Perdagangan, Perutusan Menteri Pelajaran dan Perutusan Ketua Angkasa. pelajar diberi cenderahati sempena Hari koperasi

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners