Kejohanan sukan SMK Pending

SMKPending telah mengadakan kejohanan sukan tahunan selama dua hari bermula pada 12 April 2017. Kejohanan sukan kali ke 37 ini di adakan di SMK Seri Setia pada hari pertama dan pada hari kedua diadakan di sekolah SMK.

Kejohanan kali ini dipimpin oleh ketua rumah sukan yang baru iaitu Pn Lee Yin Yiun - Rumah Perdana, En Chia Yung Kwong - Rumah Waja, Bong Lok Leong - Rumah Satria dan Pn Rose Salaban - Rumah Kenari.

Rumah Waja selama ini ketinggalan dalam Kejohanan Sukan sekolah pada masa lampau telah menunjukkan prestasi yang luar biasa dengan memunggut markah sebanyak 708 dan melonjak menjadi Johan keseluruhan. Kebanyakan markah diperoleh daripada Lelaki C dan Perempuan C. Tahniah Cikgu Chia Yung Kwong. Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Sukan kali ke-37 SMK Pending

Johan  Waja - 708 
Naib Johan Kenari - 637
Tempat ketiga Peredana - 631
Tempat Keempat -Satria - 623








Bantuan Sekolah 2017 RM100.00 oleh KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi bantuan persekolahan kepada pelajar sebanyak RM100.00. Bantuan ini telah disampaikan kepada ibubapa yang datang sendiri untuk mengambil bantuan. Pendapatan kurang daripada RM 3000.00 saja yang layak menerima bantuan ini. Guru tingkatan sesi petang telah menyampaikan wang tersebut kepada ibubapa berkenaan.






Mesyuarat Agung PIBG SMK Pending

Mesyuarat Agung PIBG SMK Pending telah diadakan pada 8 April 2017 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Mesyuarat bermula seawal 7.30 pagi yang merupakan aktiviti pendaftaran Kehadiran ibu bapa.

Pembentangan belanjawan kewangan telah dibentangkan oleh Pn Ivy dan sesi berdialog antara ibu bapa dengan pihak pentadbir telah berjalan  dengan baik. Beberapa usul telah dibawa oleh ibu bapa untuk diperbahaskan. Semoga dengan adanya perhubungan ini boleh meningkatkan pencapaian SMK Pending.







Barisan AJK PIBG 2017

Program Anti Dadah

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini menfokuskan beberapa kelas tertentu yang bertujuan memberi pengetahuan dan kesan pengambilan dadah yang boleh merosakkan diri dan masa depan pelajar. Mereka didedahkan tentang bahaya penggunaan dadah yang disampaikan oleh penceramah dari Unit Anti dadah. Beberapa orang pelajar telah diuji air kencing mereka secara rambang untuk memastikan mereka bebas daripada penggunaan dadah. Semoga dengan pendedahan ini memberi kesedaran pelajar untuk tidak melibatkan diri dengan gejala dadah





Program Kesedaran Murid


Program Kesedaran Murid anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang batasan hubungan antara rakan sebaya agar tidak melanggar batas susila yang sepatutnya. Program ini disampaikan oleh Miss Annie Tan daripada Family Planning Sarawak. Pelajar yg terlibat merupakan pelajar tingkatan 4. 








Program Peningkatan Kendiri Murid


Program Peningkatan Kendiri Murid ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling yang disampaikan oleh  Miss Liaw Mei Mei - Motivator dari Fame International College Sarawak.

Antara objektif program ini ialah

1. Meningkatkan potensi diri murid dlm pembelajaran.
2. Mendedahkan pelajar ttg teknik2 belajar berkesan.
3. Meningkatan kesedaran pelajar tentang pentingnya Penetapan sasaran pembelajaran.
4. Meningkatkan motivasi diri pelajar untuk mencapai impian mereka.





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners