Hari Pendaftaran bagi Sesi Persekolahan 2014

Pada hari ini (31.12.2013) merupakan hari pendaftaran bagi semua pelajar SMK Pending. Pada hari pendaftaran tersebut ibubapa turut hadir untuk menjelaskan beberapa bayaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pendaftaran diadakan di Dewan Sekolah dan juga kelas-kelas tertentu. Pemberian buku teks juga diberi pada hari ini untuk beberapa kelas tertentu. Ibu bapa juga telah berkunjung ke koperasi sekolah untuk membeli segala kelengkapan untuk sesi persekolah 2014 yang akan bermula pada 2.1.2014.
Para Pelajar bagi sesi persekolahan 2014 merupakan pelajar pertama mempunyai prospektus pelajar yang merupakan sebuah diari yang perlu di tulis bagi segala aktiviti yang dijalankan sebagai salah satu daripada tanggungjawab pelajar untuk lebih berdisiplin dan terancang dalam usaha meningkatkan prestasi diri. 


Projek Laluan Pejalan Kaki Menjadi Kenyataan

Projek Laluan Pejalan Kaki yang dirancang sekian lama menjadi kenyataan apabila  ia dirasmikan pada 8 November 2013. Projek ini sumbangan PIBG SMK Pending, Maybank, Multi-Purpose Insurance dan KTS yang melibatkan juga kawasan menunggu bagi kemudahan pelajar untuk datang ke sekolah. Laluan berbumbung ini sepanjang 40 meter yang dijangka memberi kemudahan kepada sebahagian besar pelajar SMK Pending. Diharapkan dengan kemudahan ini semua warga SMK Pending menghargai kemudahan ini dan menjaganya dengan sebaik mungkin.
Terdahulu daripada itu semua penyumbang Laluan Pejalan Kaki ini diberi peluang untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang sempena Hari Anugerah Cemerlang kali ke 38.

Hari Anugerah Cemerlang 2013

Hari Anugerah Cemerlang ke 38 talah diadakan pada 1 Januari 2013 yang dirasmilkan oleh Dr Jerip Susil Menteri Muda Kesihatan Awam. Kedatangan beliau disambut dengan iringan pasukan beruniform SMK Pending. Beliau kemudiannya melihat mini pameran yang terletak di hadapan dewan sebelum dibawa masuk ke Dewan. Dalam ucapan perasmiannya beliau menegaskan bahawa kemiskinan bukanlah faktor penghalang untuk memberi pelajaran kepada anak-anak. Beliau menegaskan lagi bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah penting bagi memberi sokongan ke atas kejayaan anak-anak pada masa depan. Pada majlis tersebut, beliau mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 20 000 kepada Persatuan Ibubapa Guru SMK Pending. Terdahulu daripada itu Tuan Pengetua En Ivor Lim telah menyampaikan ucapan mengenai pancapaian sepanjang tahun 2013 dalam pelbagai aktiviti yang disertai.


Penerima Laptop 1 Malaysia

Seramai 81orang pelajar SMK Pending terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 menerima laptop 1Malaysia yang diadakan di Dewan Global SMK Pending pada hari ini. Semua penerima ini  disaksikan juga oleh sebahagian ibu bapa yang turut hadir bagi menyaksikan sendiri anak-anak mereka menerima laptop 1 Malaysia. Turut hadir ialah PK Hem Pn Wong.




 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners