SMK PENDING JOHAN PERTANDINGAN SCRABBLE KUCHING

 


Pada 27 Mei 2022 bertempat di SMK Bandar Baru Semariang, SMK Pending dinobatkan  menjadi Johan Pertandingan Scrabble bahagian Kuching. Tahniah kepada peserta-peserta yang hebat dan tahniah juga kepada Cg Sim Siaw Phing dan Cg Ding Hui Ping sebagai guru penasihat dan pembimbing yang terhebat.

KARNIVAL SEGAK SMK PENDING 2022

Karnival SEGAK peringkat SMK Pending telah dilaksanakan dengan jayanya. Pegawai dari JPN turut hadir merasmikan Karnival tersebut.


SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. 


Tahniah kepada Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru-guru dan semua pelajar yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjalankan aktiviti SEGAK 2022.










BENGKEL KECEMERLANGAN PENGAJIAN AM STPM SEMESTER 3


Pada 12 Mei Panitia Pengajian AM telah menjemput penceramah berwibawa iaitu cikgu Chpp Thiam Choy menyampaiakan ceramah tersebut. 

Program ini sebahagian daripada perancangan operasi panitia yang berfokus untuk memberi bimbingan kepada guru dan pelajar agar mengetahui perubahan dalam sukatan dan skema terkini berkaitan dengan pemeriksaan kertas 900/3.








KOLOKIUM TINGKATAN 6

Kolokium Tingkatan 6 telah diadakan pada 12 dan 13 Mei secara online melalui pelantar Google Meet

Sesi tersebut dijalankan dengan jayanya, banyak kajian tindakan telah dibentangkan oleh guru Akademik tingkatan SMK Pending. Berikut adalah tajuk pembentangan kajian oleh para guru:

1. Inovasi 5L untuk menghasilkan graf gabung yang lengkap dalam subjek Pengajian Am.

    (ahli: Ann Stella Tee, Pui Woan Ing, Choo Thiam Choy)

2. Teknik SPLAT untuk melabel graf dalam kertas Pengajian Am dalam kalangan murid tahap lemah di      Tingkatan 6 Atas SMK Pending.

    (ahli: Mohd Hassan Bohari, hamzan bin Mohd. Zain, Zaidi Morni)

3. Penggunaan pembelajaran berasaskan inkuiti pengesahan untuk meningkatkan pemahaman murid          dalam pembelajaran kata ganda berentak.

    (Leu Sit Fong)

4. Keberkesanan teknik formula dalam meningkatkan kualiti penulisan Esei Murid

    (Lim Hok Hin, Jasmin Hussaini, Wee Chuin Yen)

5. Penggunaan Kod Do Re Mi dalam susunan ayat songsang

    (Ahli: Mohd. Yaakub, Marhaizan Abdul Hadi, Hafsah Mokhtar)

6. The use of mind mapping to improve skills for 6A3 student.

    (Ahli: Siti Fatimah, Fu Yung Yung)

7. Improving students MUET reading skills through buddy approach 

    (Ahli: Jennifer Kong, Christina Ho, Samantha Yong)

8. Utilising group discussion to aid & improve writing skill in task 1 MUET for 6A1 students of SMK        Pending.

    (Ahli: Sng Mee Siong, Noraida Abdullah)

9. Meningkatkan kemahiran melukis menggunakan pendekatan berfokus dalam kalangan pelajar                Tingkatan 6 Atas 5 dan 6 di SMK Pending.

    (Ahli: Kasmina, Lili Bujang)

10.Keberkesanan Pendekatan Scaffolding dalam membantu 10 orang pelajar menyediakan cadangan           kajian kerja kursus Sejarah.

     (Ahli: Sony, Yatiman)

11.Penggunaan peta minda dalam meningkatkan kefahaman pelajar Tingkatan 6 Atas Sains 2 bagi               menguasai fakta Biologi.

    (Ahli: Marie Wee, Wong Kiong Ping)

12. The ability of upper 6 students to draw an Energy Level Diagram and to calculate lactice energy by        using computational thinking.

      (Ahli: Chin Yen Yen, Pui Mui Foong)

13.Peer asisted Learning (PAL) strategy using google classroom as learning platform.

     (Ahli: Loo Siaw Chin)

14.Student satisfaction in using Jamboard as learning tool for Mathematic T.

     (Sii Ai Sian)

15.Keberkesanan penggunaan model untuk meningkatkan kefahaman pelajar Tingkatan 6 AS1 bagi             menentukan arah medan magnet.

     (Lai Yiew Wuaeng)

16.Penggunaan senarai semak dalam pembelajaran tajuk anatomi dan fisiologi Semester 2/ 2020.

     (Mah-Mhad Zul Kenedy)

17.Meningkatkan keberkesanan penilaian kendiri pelajar Kelas 6A2 melalui google form semasa                 PDPR  Makroekonomi pada tahun 2021.

     (Kiu Bu Shin)

18.Kaedah "Saya suka Ujian 5 minit" kepada murid 6A1 tahun 2021 untuk Makroekonomi.

     (Ahli: Pui Woan Tying, Ngieng Sii King, Ho Yoke Yeng)

19.Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif untuk meningkatkan kemahiran menghafal fakta               khusus dan fakta umum mata pelajaran P.Perniagaan dalam kalangan  murid tingkatan 6A2.

     (Ahli : Liong Lee Lee, Hii  Houng Houng, Rose Salaban)










Sekian

 



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners