Hari Sukan Negara peringkat SMK Pending

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Bagi sekolah SMK Pending antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik yang dikendalaikan oleh Puan Sophia Nanta, Futsal oleh Cik Asfa, SEGAK yang dikendalaikan oleh Cikgu Mujahidin dan Cikgu Alexander, Petanque, pemeriksaan kesihatan, bola jaring,  dan beberapa lagi aktiviti lain.












 


Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Perdana PT3, SPM dan STPM

Majlis ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 7 Oktober 2017 bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Sebelum solat hajat bermula, satu ceramah telah diadakan yang bertajuk Anak-anak Cemerlang ibu bapa bahagia. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Sulaiman bin Haji Hasim daripada Jabatan Pendidikan Sarawak. Selesai ceramah semua pelajar yang akan menduduki peperikasaan PT3, SPM dan STPM menunaikan solat hajat yang dimamkan oleh Ustaz Sulaiman. Selesai solat hajat diadakan majlis restu dan acara memberi makan kismis oleh guru kepada pelajar. Pelajar kemudiannya dijamu makanan yang merupakan sumbangan warga SMK Pending.










 

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners