12 April 2014 (Sabtu)
-- Hari Bersama Ibu Bapa 1 dan Karnival
G4K SMK Pending telah berlangsung
serentak dengan meriahnya. Hari Bersama Ibu Bapa ini merupakan yang
pertama diadakan untuk tahun 2014. Para ibu
bapa telah hadir seawal pukul 7:00 pagi untuk berbincang dengan ibu bapa
perihal prestasi akademik (termasuk pelajar yang mengikuti Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan
perkembangan sahsiah anak masing-masing.
Sesi pertemuan antara guru tingkatan dan ibu bapa telah berlangsung dalam kelas.
Selesai sesi pertemuan tersebut, ibu bapa bersama-sama anak
masing-masing melawat sambil membeli barangan yang dijual di gerai jualan
Karnival G4K.
Karnival G4K (Gerak Kerja Kurikulum dan Kokurikulum) ini merupakan program serampang dua mata yang dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum diketuai Encik Roslan Sumiran dan PIBG SMK Pending.
Objektif penganjuran Karnival ini ialah memupuk budaya keusahawanan dalam
kalangan ahli kelab dan mengutip dana untuk PIBG untuk program keceriaan
sekolah. Karnival ini berlangsung di
tapak parkir kereta dan dewan sekolah .
Tepat pada pukul 9 pagi , gimik pelancaran telah dilakukan oleh Yang
Dipertua PIBG ; Puan Han Chong Eng dan Pengetua SMK Pending; Encik Ivor Lim
disaksikan para guru dan AJK PIBG serta
para ibu bapa. Antara aktiviti Karnival
ialah Gerai Jualan Makanan dan Minuman, Persembahan Band dan permintaan lagu,
Pertandingan Hobi, Pertandingan Masakan (dengan kerjasama Syarikat Mi Lee Fah
Sdn Bhd.). 6 buah unit beruniform dan 13
buah persatuan akademik dan hobi serta Badan Pengawas Sekolah telah membuka
gerai jualan masing-masing. Turut serta
satu gerai pihak ibu bapa dan dua gerai pekerja . PIBG turut membuka satu gerai menjual minuman
tin sumbangan para ibu bapa . Syarikat
Mi Lee Fah Sdn. Bhd. pula telah membuka satu gerai menjual produk mereka dengan
harga istimewa.
Terima kasih atas kerjasama semua dan tahniah atas
kejayaan penganjuran program ini untuk tahun 2014.
Laporan disediakan oleh Anita Hasbi