MalaysiaBerkabung

Pada hari ini seluruh negara menanti ketibaan jenazah yang diterbangkan dari Belanda. Mereka ini adalah mangsa tragedi MH17. Setelah sekian lama, jenazah mereka akhirnya dibawa pulang ke Tanah Air. Sebagai menghormati kepulangan mereka, seluruh negara telah mengadakan upacara berkabung dan SMK Pending tidak ketinggalan telah mengadakan upacara bertefakur selama seminit di Dewan Global SMK Pending melibatkan sesi pagi dan petang. Upacara dimulakan dengan tayangan video yang menyentuh perasaan warga SMK Pending kemudian diikuti dengan tiupan trompet oleh pelajar Boy's Brigade sambil semua pelajar bertafakur selama seminit.

#MalaysiaBerkabung



Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan 2014

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan telah berjalan dengan lancarnya pada 18 Ogos 2014. Aktiviti dimulakan dengan perarakan masuk bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia yang dibawa oleh pelajar-pelajar dari unit beruniform. 
Aktiviti diteruskan dengan ucapan pengetua yang kemudiannya merasmikan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan dengan menandatagani pada bina dan gimik pelancaran bulan kemerdekaan. Beberapa persembahan turut juga diadakan yang bertemakan kemerdekaan. Disamping itu tayangan video kronologi kemerdekaan Sarawak telah dipersembahkan kepada para pelajar. Sebelum mengakhiri perhimpunan khas ini, Cikgu Robert telah melaungkan kemerdekaan sebanyak tujuh kali diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners