Pertandingan Bola Tampar 18 tahun kebawah Bahagian Kuching





Pertandingan Bola Tampar bawah 18 tahun telah berlangsung dari 12 hingga 16 April 2010. Pelajar pending seramai sembilan orang diiringi oleh Cikgu Bong Siaw Phew. Pada peringkat awal SMK Pending bertemu dengan sekolah SMK Sejingkat. Pending menang 2-0. Pertandingan dengan SMK Santubong, sekali lagi SMK Pending menang 2-0. Pertandingan dengan SMK Lundu, SMK Pending tewas 0-2. Dengan ini SMK Pending menjadi naib johan pada peringkat awal dan membolehkan masuk ke pusingan seterusnya. Pada Peringkat suku akhir ini SMK Pending bertemu SM Chung Hwa No.1 . Pending tewas. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat kerana berjaya ke peringkat suku akhir.

Pelancaran Bulan Bahasa SMK Pending

Pelancaran Bulan Bahasa telah dilancarkan dengan jayanya pada 12 April 2010 di Dewan Global SMK Pending. Tema Bulan Bahasa pada kali ini "Mekar Bahasa Mekar Bangsa" telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Pending En Joseph Ng. Objektif Bulan Bahasa ialah :

1. Meningkatkan mutu dan meluaskan penggunaan bahasa
2. Mengasah dan mencungkil bakat pelajar
3. Meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan isu-isu semasa

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Pertandingan pidato
2. Puisi
3. Bercerita
4. Menulis esei
5. Pameran Buku yang diadakan di Dewan Global (14.4.2010- Rabu)

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners