Perhimpunan ini diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching yang diadakan pada 23 Julai 2010 dari jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 120 orang pelajar yang terlibat dalam program ini dengan diiringi oleh 12 orang guru pengiring. Peserta kagum dengan tempat dan persembahan di Borneo Convention Centre. Kemuncak perhimpunan belia ini ialah ucapan wakil ketua menteri iaitu Yang Berhormat Dato Mawan Ikom Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.
Program Orientasi SAHABAT PPDa - Petronas Sekolah Menengah 2010
Mansor Zainal, 02 August 2010Program ini diadakan di SMK Petra Jaya pada 10 Julai 2010, dari jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Tema program ini ialah 1 Malaysia Membenteras Dadah.
Seramai 300 orang terlibat dalam program ini yang terdiri daripada guru dan pelajar sekolah-sekolah menengah sekitar Kuching. Aktiviti dikendalikan oleh 19 orang jurulatih Utama (guru) dan 30 orang pelajar sebagai fasilitator.
ceramah dan latihan dalam kumpulan berlandaskan komunikasi berkesan yang diadakan pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah petang pula satu ceramah yang dikendalikan oleh tujuh orang Pegawai Petronas telah diadakan berkaitan dengan "Kerjaya Bersama Petronas"
Majlis penutupan dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Encik Ellen @ Manium ak Enggang.
Seramai empat orang pelajar SMK Pending telah terlibat dalam program ini, dua orang sebagai peserta manakala dua orang lagi sebagai fasilitator.
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling
Program Gemilang SPM Bahasa China
Mansor Zainal, 29 July 2010Pada hari Rabu bersamaan 28.7.2-2010, bertempat di Dewan Global SMK Pending, telah diadakan ceramah teknik menjawab soalan bahasa China bagi pelajar yang akan mengambil SPM dalam subjek ini. Ceramah bermula pada pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang.
Seramai 45 orang pelajar terlibat dalam program ini. Mereka ini terdiri daripada pelajar SMK Pending sendiri dan juga pelajar dari SMK Padungan.
Penceramah bagi kertas I ialah Pn Ho Lee Moi, manakala bagi kertas II Pn Wong Kim Hong. Semoga para pelajar mendapat menafaat daripada sesi ini.
Labels:
Program Gemilang
Lawatan Rumah Amal Taman Murni Batu Kawa
Mansor Zainal, 21 July 2010Kelab Pendidikan Islam SMK Pending telah mengadakan lawatan ke Rumah Amal Taman Murni di Batu Kawa. Seramai 14 orang pelajar dengan 3 orang guru pengiring iaitu Cikgu Mahyudin, Ustazah Hasmida dan Yang Mulia Raja Nurulhuda. Pihak Kelab Pendidikan Islam telah memberi sumbangan barangan harian dan hamper. Selain itu sumbangan wang sebanyak RM 200.00 daripada warga SMK Pending juga telah disampaikan. Semua pelajar dan guru pengiring kemudiannya bermain dan beramah mesra dengan penghuni rumah amal.
Labels:
Kelab dan Persatuan
Subscribe to:
Posts (Atom)




