SMK Pending terbakar? Api....api....api







Ini bukanlah kejadian yang sebenar. Pada hari ini, Sabtu 22 Januari 2011, AJK 3K SMK Pending telah mengadakan latihan kebakaran (Fire Drill). Para pelajar telah diberi taklimat sebelum mengadakan latihan ini di Dewan Global. Dalam taklimat tersebut dijelaskan apa yang pelajar-pelajar dan guru-guru harus lakukan apabila berlaku kebakaran. Berikut adalah pekara yang harus dilakukan
1. Semua pelajar yang berada di dalam kelas, mesti memadamkan kipas angin dan menutup tingkap dan pintu sebelum keluar kelas.
2. Keluar mengikut arah panah yang ditetapkan.
3. Apabila keluar dari kelas masing-masing, tidak dibenarkan berlari
4. Guru dan ketua kelas merupakan orang terakhir keluar dari kelas dengan membawa bersama senarai nama pelajar(borang kawalan)
5. Bagi pelajar yang berada di Blok A, Blok MPV dan makmal komputer, mereka dikehendaki berjalan menuju sepanjang jalan ke quarters guru
6. Bagi pelajar yang berada di blok B dan Blok Kemahiran Hidup hendaklah berjalan menuju ke padang sekolah.
7. Bagi pelajar yang berada di blok C dan makmal sains, mereka hendaklah berjalan menuju ke arah kantin sekolah.
8. Guru subjek yang membawa senarai nama pelajar hendaklah menyerahkan senarai nama pelajar tersebut kepada guru disiplin yang berada di lokasi yang dinyatakan tadi.

Pada keseluruhannya latihan fire drill ini berjalan dengan lancar.

Pendaftaran Unit Beruniform 2011


Pada hari ini (11.1.11) satu pameran dan juga pendaftaran bagi unit-unit beruniform telah diadakan di Dewan Global SMK Pending. Pelajar-pelajar SMK Pending dijemput ke gerai-gerai pasukan unit beruniform untuk mendaftar kepada mana-mana pasukan unit beruniform yang mereka minati.

Juadah Bawaan Pertama 2011


Sempena sekolah baru dibuka, warga pendidik SMK Pending telah membawa juadah bawaan masing-masing untuk sama-sama menikmati makanan yang lazat. Dalam masa yang sama tujuan diadakan majlis ini ialah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Cikgu Mahyudin yang akan berpindah di SMK Sungai Besi Kuala Lumpur.

Pendaftaran Pelajar Bagi Tahun 2011


Pendaftaran pelajar untuk sesi persekolahan bagi tahun 2011 berlangsung pada 31.12.2010 walaupun pada hari tersebut diistiharkan cuti umum berikutan kemenangan Malaysia dalam Pertandingan Bola Sepak Piala Suzuki. Oleh kerana perancangan telah dibuat sejak awal lagi, maka program ini tetap diteruskan.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners