PROGRAM KITARAN MENSTRUASI

Program ini dijalankan pada 19 Jun 2013 di dewan sekolah. Program ini dianjurkan oleh pihak luar iaitu syarikat KOTEX. Program ini dijalankan dengan lancar atas kerjasama pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Peserta bagi program jni semua terdiri daripada pelajar perempuan dari tingkatan 3. Pelajar-pelajar yang menyertai program ini didedahkan dengan ilmu kefahaman bagaimana cara menjaga kebersihan diri dan cara-cara menggunakan tuala wanita dengan betul. Pelajar-pelajar berasa sangat seronok sepanjang program ini dijalankan. Penceramah dan pembantunya juga membuat penjelasan dengan teliti. 


PERJUMPAAN KHAS BERSAMA PENAJA PROGRAM BANTUAN MAKANAN




Program bantuan makanan merupakan satu program yang dianjurkan oleh pihak Unit HEM dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu pelajar yang miskin/kurang mampu. Program ini dijalankan sepanjang tahun iaitu mula bulan januari hingga bulan November. Pelajar-pelajar akan mendapat makanan secara percuma daripada pihak penaja sekolah iaitu pihak Ching Kwong Methodist Church. Pihak Ching Kwong Methodist Church telah menyumbangkan sebanyak RM 3,0000.00 kepada pelajar sekolah supaya pelajar boleh belajar dalam keaadaan yang sihat dan minda yang cerdas. Pihak Ching Kwong sentiasa mengambil berat ke atas keperluan dan kehendak pelajar. Perjumpaan khas antara penaja dengan penerima bantuan makanan ini dijalankan pada 17 April 2013 di bilik APD sekolah. Sepanjang perjumpaan ini, pastor-pastor dan wakil persatuan telah memberi sedikit ucapan dan menyedarkan pelajar tentang kekuatan yang ada pada diri kita serta kita perlu cuba menggunakan kekuatan yang ada pada diri kita untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran hidup kita tidak kira sekarang ataupun masa akan datang. Penerima bantuan makanan juga mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan mengatakan dengan adanya bantuan daripada pihak Ching Kwong, mereka akan berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih baik. 

Laporan disediakan oleh Pn Ngien


LAWATAN KE SWINBURNE UNIVERSITY KUCHING SEMPENA MINGGU KERJAYA SEKOLAH TAHUN 2013

Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dengan kerjasama Pihak Swinburne University telah membawa sebanyak 38 orang pelajar Swinburne University pada 27 Jun 2013. Pelajar-pelajar telah melawat ke 3 bengkel iaitu bengkel komputer, bengkel jurutera, dan bengkel bio teknologi. Pelajar-pelajar berpeluang menyertai dan mengambil bahagian dalam membuat program sendiri, membuat motor dan membuat experimen sendiri dengan dibimbing oleh pensyarah university berkenaan. Pelajar-pelajar telah tahu sedikit sebanyak ilmu asas bagi program/ kursus berkenaan. Pelajar-pelajar berasa gembira kerana dapat mengambil bahagian secara langsung dalam menjalankan aktiviti bersama pensyarah university. 

Laporan disediakan oleh Pn Ngien

CERAMAH BOY’S & GIRL’S RELATIONSHIP

Ceramah ini dianjurkan oleh panitia pendidikan moral dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling sekolah. Program ini berjaya dijalankan di dewan global sekolah. Peserta adalah terdiri daripada semua pelajar tingkatan 4. Penceramah yang dijemput adalah Pastor Nicholas dari Ching Kwong Methodist Church. Beliau merupakan penceramah yang professional dalam aspek hubungan persahabatan. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan aspek-aspek pergaulan, perkahwinan dan hubungan yang sihat di kalangan remaja. 

Laporan oleh Pn Ngien




 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners