Hari Terbuka dan G4K

Hari Terbuka ini telah diadakan pada 23 Julai 2016 (Sabtu). Objektif program ini adalah untuk mengaktifkan peranan Alumni SMK Pending dalam aktiviti sekolah. Selain itu menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sekolah. Para pelajar dan ibubapa juga boleh membeli hasil jualan daripada gerai-gerai yang dibuka oleh kelab dan pesatuan untuk mengutip dana PIBG SMK Pending.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Hari terbuka ini. Antaranya galeri seni, promosi Pra U, pameran kerjaya, sudut alumni, kedai buku bergerak dan sebagainya. Kemuncak hari terbuka ini adalah perasmian sudut alumni oleh Y.B Datuk  Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam.
















Pertandingan Pidato Tingkatan Enam

Pertandingan Pidato Tingkatan Enam peringkat bahagian Kuching telah diadakan di SMK Pending pada 13 Julai 2016. Pertandingan ini melibatkan sepuluh buah sekolah sekitar kuching yang mempunyai pelajar tingkatan 6. 

Pertandingan diadili oleh hakim yang tidak asing lagi iaitu En Awang Mangala dari Koleh Abdillah, En Harman Bin Aris dari SMK Seri Setia dan Pn Jumiyati Bt Parijan dari SMK Bandar Kuching No.1. Wakil PPD En Yazid bin Haji Belon, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan telah hadir dalam majlis penangguhan pertandingan pidato

Keputusan pertandingan pada kali ini adalah seperti berikut :

Johan -  SITI NURDARMILA BINTI DARUS (SMK Pending)

Naib Johan - MOHD. JAPAR BIN MOHAMAD MONIR (SMK SHAOW)

Tempat Ketiga - MOHD DANIEL ESHSAQ BIN ABDULLAH (SMK St. Joseph)














Majlis Iftar SMK Pending

Persatuan Agama Islam sekali lagi berjaya mengadakan Majlis Iftar yang diadakan pada 23 Jun 2016. Persiapan awal telah dibuat secara bergotong royong menyiapkan juadah makanan untuk majlis ini.

Seramai 145 orang telah hadir dalam majlis ini yang melibatkan guru dan staff seramai 32 orang, pelajar seramai 103 orang dan juga ibubapa seramai 10 orang. Majlis dimulai dengan berbuka puasa di dalam Dewan Global SMK Pending. Turut serta dalam majlis berbuka puasa ini adalah wakil daripada Bank Rakyat.

Majlis diterukan dengan sembahyang berjemaah maghrib yang di Imamkan oleh Tuan Mohd Yaakub. Selesai berjemaah maghrib upacara pembahagian sedekah kepada pelajar miskin. Seramai 65 orang pelajar miskin dan 30 orang pelajar muallaf telah diberi bantuan seadanya oleh pihak Sekolah dan juga sumbangan guru-guru.  Tidak lupa juga pihak Bank Rakyat telah memberi sumbangan Al Quran dan Yasin kepada 30 orang pelajar.

Diharapkan program ini akan terus di jalankan pada masa-masa akan datang. Tahniah kepada Persatuan Agama Islam kerana telah berjaya mengadakan program ini.





Klinik Futsal dan Bola Jaring Peringkat Negeri Sarawak 2016

Klinik ini dianjurkan oleh PIBG SMK Pending dengan kerjasama Unit Kokurikulum SMK Pending. Klinik ini telah diadakan pada 11 Mei 2016. Sebanyak empat buah sekolah yang terlibat iaitu SMK Tarat, SMK Matang Jaya, SMK Asajaya dan SMK Pending selaku tuan rumah. 

Para pelajar tingkatan 6 yang menyertai program ini telah didedahkan dengan sejarah kedua-dua permainan ini. Mereka juga didedahkan dengan undang-undang permainan dan kemuncak daripada klinik ini telah diadakan amali yang merupakan pertandingan antara sekolah.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Haji Bidin bin Abas selaku wakil Pengarah Pelajaran telah memberi ucapan penutupan dan seterusnya menagguhkan klinik ini. Terdahulu daripada itu Tuan Pengetua En. Ivor Lim telah memberi ucapan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang sudi menghantar wakil bagi menyertai klinik ini.











 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners