Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2017

Majlis ini di adakan pada 28.10.2017 melibatkan pelajar tingkatan 6, 5 dan 3. Semua pelajar tingkatan 6 telah menerima sijil sebagai tamat pengajian sesi 2016/2017. Sijil disampaikan oleh Milton Foo wakil YB Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak. Selaian daripada itu pelajar telah telah menerima hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga setiap tingkatan dan juga pelajar terbaik bagi setiap matapelajaran. Anugerah Pencapaian kokurikulum dan anugerah khas kepada pelajar yang berjaya dalam pencapaian masingt-masing.
Persembahan tarian dan nyanyian turut diadakan bagi memeriahkan majlis pada hari itu.















 

Hari Sukan Negara peringkat SMK Pending

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Bagi sekolah SMK Pending antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik yang dikendalaikan oleh Puan Sophia Nanta, Futsal oleh Cik Asfa, SEGAK yang dikendalaikan oleh Cikgu Mujahidin dan Cikgu Alexander, Petanque, pemeriksaan kesihatan, bola jaring,  dan beberapa lagi aktiviti lain.












 


Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Perdana PT3, SPM dan STPM

Majlis ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 7 Oktober 2017 bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Sebelum solat hajat bermula, satu ceramah telah diadakan yang bertajuk Anak-anak Cemerlang ibu bapa bahagia. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Sulaiman bin Haji Hasim daripada Jabatan Pendidikan Sarawak. Selesai ceramah semua pelajar yang akan menduduki peperikasaan PT3, SPM dan STPM menunaikan solat hajat yang dimamkan oleh Ustaz Sulaiman. Selesai solat hajat diadakan majlis restu dan acara memberi makan kismis oleh guru kepada pelajar. Pelajar kemudiannya dijamu makanan yang merupakan sumbangan warga SMK Pending.










 

Mesyuarat Agung Tahunan ke 30 Koperasi SMK Pending Berhad

Mesyuarat Agung ini telah diadakan pada 6 .10. 2017 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Mesyuarat ini membincangkan dan membentangkan laporan kewangan serta mencadang pembahagian keuntungan tahun semasa. Disamping itu melantik dan memilih anggota koperasi yang baru. Beberapa agenda lain turut dibentangkan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Pengetua SMK Pending dan dua orang wakil koperasi.












 

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners