MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PENDING 2019

Oleh: Hassan

Telah diadakan pada 13 April 2019 di Dewan Global SMK Pending. Pelbagai pemasalahan telah diutarakan semasa mesyuarat tersebut. Kehadiran ibubapa pada mesyuarat tersebut telah memberi  satu persepsi bahawa mereka mengambil berat akan pendidikan anak-anak khasnya  dan pembangunan sekolah amnya demi untuk kemajuan bersama.


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK PENDING 2019

Oleh: Hassan

Telah diadakan pada 4 dan 5 April 2019 di Padang Jublie, Padungan. Kejohanan ini adalah Edisi ke-39. Kali ini Rumah Satria telah menjadi johan dengan diikuti Rumah Kenari tempat ke-2. Manakala Rumah Waja berada ditempat ke-3 dan Rumah Perdana tempat ke-4. Tahniah kepada pemenang. Majulah sukan untuk negara. Sila layari Instigram -SMK Pending untuk melihat paparan foto yang menarik.

HARI PENETAPAN SASARAN (DIALOG PRESTASI) PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS SEMESTER 2 /2019

Oleh: Hassan
Disunting oleh : Jasmin


Sesi Dialog Prestasi merupakan antara agenda akademik penting demi memacu kemenjadian akademik pelajar SMK Pending. Bertarikh 20 Mac 2019, ibu bapa hadir bermula jam 6.50 sehingga jam 8.20 pagi.

Dialog Prestasi ini adalah satu forum atau perbincangan berfokus untuk menyemak prestasi dan isu-isu berkaitan berdasarkan data dan fakta serta diakhiri dengan satu set langkah-langkah yang konkrit tindakan susulan atau penyelesaian masalah bagi memastikan kemenjadian pelajar. Disamping itu, antara fokus diskusi adalah sesi perbincangan dan makluman prestasi peperiksaan sebenar Semester 1 (AR1), TOV Semester 2 dan sasaran atau ETR Semester 2.

Diharapkan sesi diskusi seumpama ini akan meningkatkan lagi gandingan para guru dan para ibu bapa demi  membantu, menyokong kecemerlangan pelajar. Syabas diucapkan kepada para ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa seterusnya menjayakan program ini.

Berikut adalah rakaman lensa sekitar sesi dialog yang dijalankan di dalam kelas Tingkatan 6 Atas:





















SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6

OLEH: Hassan
Disunting oleh : Jasmin



Untuk makluman dan penerangan lanjut, boleh menghubungi pihak sekolah (Penolong Kanan Tingkatan 6) pada waktu pejabat.


Faktor  Tingkatan 6 menjadi pilihan utama pelajar lepasan SPM

Untuk mendapatkan info berkenaan Tingkatan 6 anda juga boleh melayari laman Facebook berikut: 
https://www.facebook.com/search/top/?q=info%20tingkatan%206%20smk%20pending%20kuching%20sarawak&epa=SEARCH_BOX





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners