Gunung Santubong ditawan lagi!!!!!!
Mansor Zainal, 07 May 2009Annual Inspection St. John Ambulance
Mansor Zainal, 06 May 2009
Pada 28 Februari 2009 SMK Pending telah mengadakan Annual Inspection bagi Pasukan St. John Ambulance. Pemeriksaan barisan telah disempurnakan oleh Dato Sri Ang Lai Soon. Perbarisan ini melibatkan pelajar seramai 40 orang.
Selain daripada itu upacara kenaikan pangkat juga telah diadakan dimana beberapa orang pelajar SMK Pending telah dinaikkan pangkat.
Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang diadakan di dalam Dewan SMK Pending iaitu Pameran Hasil Kerja dan Gambar-gambar menarik aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh St.John Ambulance. Disamping itu diadakan demo CPR yang sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada para ahli tentang cara melakukan CPR itu.
Tarian di Waterfront Kuching?
Mansor Zainal, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak dengan kerjasama Kuching Waterfront telah mengadakan Program Pusat Seni Setempat bertempat di Godown Amphitheatre Kuching Waterfront. SMK Pending telah dijemput mengambil bahagian dalam program tersebut. Antara tarian yang dipersembahkan oleh SMK Pending ialah
1. Tarian Zapin Sebat
2. Tarian Zapin Pekajang
3. Tarian Joget Seri Sarawak
4. Tarian Zapin Putar Alam.
Berikut antara gambar-gambar menarik yang dipersembahkan oleh SMK Pending.
Majlis Tadarus al Quran
Mansor Zainal,
Majlis Tadarus al Quran telah diadakan di SMK Tabuan Jaya dengan jayanya. Pertandingan ini diadakan pada 26 Februari 2009. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu
1. Syarahan
2. Tilawah al Quran.
Pertandingan syarahan telah disertai oleh adik Arif Adly dan Dalila Abdullah. Sementara Tilawah al Quran disertai oleh adik Mohd.Sahari bin Abdullah. Bagi tilawah al-Quran, SMK Pending telah menghantar wakilnya iaitu adik Dalila Abdullah dan Mohd Sahari.
SMK Pending telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan syarahan.






