HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA





Pada 4 Oktober 2009, pelajar-pelajar SMK Pending telah dijemput untuk membuat persembahan di Tebingan Kuching Sempena Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia. Berbagai aktiviti telah dijalankan dan antaranya ialah persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar Bandaraya Kuching. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Antara persembahan daripada SMK Pending ialah

1. Persembahan pembukaan berjudul Rentak Seribu

para pelajar mempersembahkan permainan muzik tradisional secara live etnik Iban dan Bidayuh.

2. Tarian Etnik Bidayuh Tolak Bala

Tarian ini pernah dipertandingkan dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan di Alor Setar, Kedah kerana SMK Pending telah mewakili negeri Sarawak dalam pertandingan tersebut. Kali ini tarian Tolak Bala akan diiringi permainan muzik tradisional secara live oleh

pelajar- pelajar sekolah ini juga. Pelajar diiringi oleh Cikgu Catherine Leonard dan Cikgu Noraida Abdullah

3. Persembahan Nyanyian 2 Buah Lagu .

Persembahan ini daripada band sekolah yang dipimpin oleh Cikgu Roslan Sumiran

Penyanyi akan diiringi secara live oleh band SMK Pending yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat. Lagu-lagu yang akan disampaikan ialah :

i. Rama-rama

ii. Stay

4. Persembahan Muzik Tradisional Orang Ulu

Persembahan muzik tradisional ini dipimpin oleh Cikgu Andy Arjuna

Para pelajar mempersembahkan permainan muzik secara live etnik Orang Ulu yang terkenal dengan petikan Sape.

5. Persembahan Nyanyian 3 Buah Lagu

Sekali lagi penyanyi diiringi muzik secara live oleh band SMK Pending. Lagu-lagu yang akan disampaikan ialah

i. Ingkar

ii. Larut

iii. Nuri

6. Persembahan Muzik Tradisional Etnik Melanau dan Iban

Persembahan ini akan dibuat secara live dengan menggunakan alat-alat tradisional seperti gong, sapir, kompang dan beduk.

7. Tarian Rampaian Melayu ‘Asmaraloka’

Tarian yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SMK Pending ini merupakan Johan dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan di Sarikei. Seterusnya SMK Pending telah mewakili negeri Sarawak dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat

Kebangsaan yang telah dilangsungkan di Alor Setar, Kedah dan telah mendapat tempat ketiga.


Pengetua SMK Pending dan Penolong Kanan Kokurikulum telah meluangkan masa untuk melihat persembahan pelajar-pelajar SMK Pending.



Ceramah (Pandemik A - H1N1 dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran PIBG SMK Pending






Pada 3.10.2009 satu ceramah berkenaan H1N1 telah diadakan di Dewan Sekolah anjuran PIBG SMK Pending. Ibu bapa telah dijemput untuk mendengar ceramah berkaitan H1N1 yang disampaikan oleh En Chung Heng Fer. Beliau dijemput khas dari Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching Zon MBKS. Beliau merupakan seorang Pegawai Penolong Kesihatan Persekutuan. Dalam ceramahnya beliau mendedahkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah wabak H1N1. Ceramah bermula pada pukul 11.00 dan berakhir sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Ibu bapa dan guru-guru kemudiannya dijemput untuk makan bagi menjayakan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri.




Latihan Dalaman "Laluan Kerjaya"

Sebelum itu warga Pendidik SMK Pending telah menghadiri satu latihan dalaman di bilik APD. Tajuk yang menjadi bual bicara ialah "Laluan Kerjaya" yang disampaikan oleh Puan Hii Kwong Ing Penolong Kanan Akademik dan En Abdul Hamid Alias, Penolong Kanan Kokurikulum. En Abdul Hamid juga telah menjelaskan kepada guru-guru tentang pemberian markah kokurikulum kepada para pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

Mesyuarat Agung Tahunan ke 22 Koperasi SMK Pending Berhad



Mesyuarat ini diadakan pada hari Jumaat bersamaan 11.9.2009. Antara agendanya ialah :

Agenda 1 Kata Aluan Pengerusi

Agenda 2 Melantik Pengerusi Mesyuarat

Agenda 3 Mengesah Minit Mesyuarat Agung yang lalu (ke 21)

Agenda 4 Membentang dan menerima Laporan Lembaga dan Laporan Tahunan JAD

Agenda 5 Penerimaan Penyata Kewangan Beraudit berakhir 30 Jun 2009

Agenda 6 Cadangan Pembahagian Keuntungan Tahun 2008/2009

Agenda 7 Pembentangan Anggaran Belanjawan bagi tahun 2009/2010

Agenda 8 Memilih Anggota Lembaga Koperasi 2009/2010

Agenda 9 Melantik Panel Juruaudit Luar

Agenda 10 Sepuluh Anggota untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan

Agenda 11 Melulus Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi

Agenda 12 Membahas Usul-usul

Agenda 13 Hal-hal lain

Ceramah Motivasi SPM bagi matapelajaran BM



Ceramah ini diadakan di bilik APD SMK Pending pada 9.9.2009. Ceramah ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar yang akan mengambil SPM bagi subjek Bahasa Melayu. Penceramahnya Cikgu Siti Sara Binti Haji Ismail dari SMK Pending.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners