Program ini telah dianjurkan oleh PIBG yang diadakan pada 6.2.2010. Program ini melibatkan pelajar, ibu bapa, guru sesi pagi sahaja bersama pembantu tadbir dan pekerja kebersihan sekolah. Pihak bomba dari Padungan juga dijemput untuk menjayakan projek ini. Program ini sebenarnya untuk mencegah penyakit Denggi disamping membersihkan kawasan sekolah bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Kesemua yang terlibat dalam program ini diberi makanan setelah selesai menjalankan aktiviti gotong royong.
Program Gotong Royong dan Kempen Anti Denggi
Mansor Zainal, 06 February 2010
Labels:
Pentadbiran
Program Jati Diri
Mansor Zainal, 04 February 2010
Program Jati Diri ini telah diadakan pada 29 Januari 2010. Program ini dikendalikan oleh Swinburn Kuching yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar dan persediaan untuk hadapi SPM. Selain itu ia bertujuan untuk menentukan matlamat masa depan pelajar
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling
SMK Pending diserang sekumpulan penyengat
Mansor Zainal, 29 January 2010Berita menggemparkan apabila sekumpulan penyengat telah membuat sarang di Blok C bangunan sekolah SMK Pending. Bagaimanapun tidak ada serangan yang berlaku. Pihak pentadbir telah memanggil mereka yang berkenaan untuk membuang sarang penyengat itu. Seramai 3 orang telah datang bagi menghalau dan membuang sarang penyengat itu. Semua pelajar yang berada di blog berkenaan diarah pergi ke Dewan untuk keselamatan. Bagaimanapun operasi ini tidak mengambil masa yang panjang


Labels:
Berita Terkini
KOKO FAIR!!!!!!
Mansor Zainal, 27 January 2010KoKo Fair telah diadakan pada 27.1.2010. Aktiviti ini sebenarnya bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan unit beruniform sambil menarik/mendaftar pelajar yang berminat untuk menyertai mana-mana unit beruniform yang ditawarkan di SMK Pending.
Program ini akan dijadikan aktiviti tahunan dan dimasukkan ke takwim sekolah memandangkan sambutan yang luar biasa dari setiap unit beruniform. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat terutama AJK Tingkatan 6, guru-guru penasihat dan pihak pentadbir yang memberi ruang untuk mengadakan aktiviti ini
Laporan disediakan oleh
En Roslan Juis (Inspektor(K)
Guru Penyelaras Unit Beruniform
Program ini akan dijadikan aktiviti tahunan dan dimasukkan ke takwim sekolah memandangkan sambutan yang luar biasa dari setiap unit beruniform. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat terutama AJK Tingkatan 6, guru-guru penasihat dan pihak pentadbir yang memberi ruang untuk mengadakan aktiviti ini
Laporan disediakan oleh
En Roslan Juis (Inspektor(K)
Guru Penyelaras Unit Beruniform
Labels:
Aktiviti Pakaian Saragam 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)









