Pendaftaran Unit Beruniform bagi pelajar baru

Semua Pelajar baru SMK Pending yang terdiri daripada Peralihan A dan B dan juga semua pelajar tingkatan 1 dikehendaki mendaftarkan diri dengan salah satu Unit Beruniform yang ditawarkan di SMK Pending. Menurut PK Kokurikulum SMK Pending, En Roslan Sumiran, pelajar boleh melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh badan beruniform ini dan memilih salah satu daripadanya berdasarkan minat masing-masing. Pendaftaran hanya boleh dibuat bermula dari pukul 1.30 petang.




Perjumpaan Pelajar Bermasalah bersama-sama guru Disiplin dan Penjaga

Perjumpaan ini diadakan selama tiga hari bermula hari Isnin 6.1.2014. Semua pelajar yang bermasalah pada tahun lepas tidak dibenarkan masuk ke kelas selagi tidak membawa ibu ata bapa untuk berjumpa dengan guru disiplin. Semua pelajar ini akan dibenarkan masuk setelah berbincang dengan guru disiplin. Semoga dengan cara ini hubungan ibubapa dan guru dapat dipertingkatkan lagi dengan perjumpaan ini dan dalam masa yang sama diharapkan para pelajar bermasalah ini dapat memperbaiki sedikit disiplin mereka.  

Hari Pendaftaran bagi Sesi Persekolahan 2014

Pada hari ini (31.12.2013) merupakan hari pendaftaran bagi semua pelajar SMK Pending. Pada hari pendaftaran tersebut ibubapa turut hadir untuk menjelaskan beberapa bayaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pendaftaran diadakan di Dewan Sekolah dan juga kelas-kelas tertentu. Pemberian buku teks juga diberi pada hari ini untuk beberapa kelas tertentu. Ibu bapa juga telah berkunjung ke koperasi sekolah untuk membeli segala kelengkapan untuk sesi persekolah 2014 yang akan bermula pada 2.1.2014.
Para Pelajar bagi sesi persekolahan 2014 merupakan pelajar pertama mempunyai prospektus pelajar yang merupakan sebuah diari yang perlu di tulis bagi segala aktiviti yang dijalankan sebagai salah satu daripada tanggungjawab pelajar untuk lebih berdisiplin dan terancang dalam usaha meningkatkan prestasi diri. 


Projek Laluan Pejalan Kaki Menjadi Kenyataan

Projek Laluan Pejalan Kaki yang dirancang sekian lama menjadi kenyataan apabila  ia dirasmikan pada 8 November 2013. Projek ini sumbangan PIBG SMK Pending, Maybank, Multi-Purpose Insurance dan KTS yang melibatkan juga kawasan menunggu bagi kemudahan pelajar untuk datang ke sekolah. Laluan berbumbung ini sepanjang 40 meter yang dijangka memberi kemudahan kepada sebahagian besar pelajar SMK Pending. Diharapkan dengan kemudahan ini semua warga SMK Pending menghargai kemudahan ini dan menjaganya dengan sebaik mungkin.
Terdahulu daripada itu semua penyumbang Laluan Pejalan Kaki ini diberi peluang untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang sempena Hari Anugerah Cemerlang kali ke 38.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners