PENGUMUMAN PENTING MUSIM JEREBU

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3

1. Tarikh pemulangan buku teks pada hari Isnin 26.10.2015. Sama ada sekolah     tutup disebabkan jerebu ataupun tidak, pemulangan BUKU TEKS TETAP             DIJALANKAN. Jika sekolah tutup pelajar boleh balik selepas pemulangan buku     teks. Jika hari tersebut hari persekolahan, guru tingkatan akan membawa         pelajar ke dewan untuk program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan         Kaunseling

2. Jika esok buka sekolah (22.10.2015) peperiksaan Psikometrik kertas 1 dan 2     juga kertas sejarah dan PSK akan dijalankan. Jika tidak bersekolah maka           peperiksaan ini ditunda pada hari Jumaat (23.10.2015) utk matapelajaran         yang sama kecuali PSK.

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5

1. Bagi pelajar tingkatan 5 pula pemulangan buku teks TETAP dijalankan sama       ada sekolah tutup atau buka disebabkan jerebu iaitu pada 26.10.2015 bagi         pelajar kelas 5A - 5MPV. Bagi kelas 5S1 - 5S3 pemulangan buku teks akan         dijalankan pada hari Selasa 27.10.2015.

2. Pada 27.10.2015 SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 perlu hadir taklimat SPM           W2-4. Slip kemasukkan dan buku laporan diberi kepada mereka pada hari         tersebut

Hari Sukan Negara peringkat SMK Pending

Hari Sukan Negara sebenarnya bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan Inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia agar menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan dan boleh menjadikan satu budaya hidup bagi rakyat Malaysia. Secara tidak langsung budaya ini dapat meningkatkan KESEDARAN , memupuk semangat PERPADUAN dan PENGETAHUAN dan memberi PENGIKTIRAFAN kepada mereka yang terlibat didalam pembangunan sukan negara. Hari Sabtu Pertama pada setiap bulan November akan dijadikan sebagai Hari Sukan Negara yang akan dilancarkan pada tahun ini. Hari Sukan Negara bagi peringkat SMK Pending telah diadakan di lokasi-lokasi tertentu disekitar kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bermain badminton, pingpong, Zhumba, bola jaring, futsal dan petanque. Semoga aktiviti ini memberi faedah kepada semua warga pending yang hadir pada hari ini.






KEM MOTIVASI UNTUK PELAJAR SESI PETANG

Kem motivasi ini anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Pending. Sebagai sebuah persatuan yang dianggotai oleh pelajar peringkat prauniversiti di sekolah ini, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar SMK Pending  berasa bertanggungjawab untuk membantu pelajar-pelajar sesi petang yang terdiri daripada Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 bagi meningkatkan motivasi mereka dalam mengikuti pelajaran dan mendisiplinkan diri. Berdasarkan maklumat yang diterima, didapati bahawa sebilangan pelajar sesi petang dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2, tidak mempunyai keyakinan diri serta mempunyai tahap disiplin yang kurang memuaskan. Program ini berlangsung selama dua hari bermula 7 haribulan Oktober sehinggalah 8 Oktober 2015.

Objektif Program
Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu
1 Menimbulkan kesedaran kepada peserta bahawa pendidikan amat penting         dalam kehidupan.
2 Membantu peserta mengenal pasti minat, kebolehan dan  memupuk                   motivasi kendiri.
3 Mendedahkan peserta dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menyuntik                   semangat motivasi dalam diri.








Lawatan Pegawai daripada kementerian ke Pusat Tingkatan 6 SMK Pending

Sepasukan pegawai dari Kuala Lumpur telah datang ke Pusat Tingkatan 6 SMK Pending. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah ini berikutan sekolah ini menjadi Pusat tingkatan 6 Mod 2. 

Sehubungan dengan itu pegawai-pegawai dari BPPDP diketuai oleh Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali (ketua Sektor), Pn Zurina Zulkarnain, En Hisham Rahmat, En Saiful Azlan dan Pn Suzana Ahmad telah diberi taklimat  serba ringkas oleh Tuan Pengetua dan PK Tg 6. Turut serta dalam lawatan ini ialah Cik Sandra Thomas Gobal dari JPN Sarawak,  Sesi dialog bersama guru-guru tingkatan 6 juga diadakan. Kumpulan ini kemudiannya dibawa melawat di sekitar kawasan sekolah dan blog tingkatan 6.






 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners