Penghargaan kepada Gereja Ching Kwong Methodist

 Satu upacara ringkas telah diadakan di Dewan Global SMK Pending bagi penderma bantuan makanan kepada pelajar miskin oleh wakil gereja Ching Kwong Methodist. Upacara ini dihadiri oleh pelajar-pelajar yang menerima bantuan makanan daripada pihak gereja dan juga wakil daripada gereja Ching Kwong Methodist. Ibubapa yang mana anak mereka terlibat dalam program bantuan makanan ini turut hadir.

Wakil pelajar, Pengetua SMK Pending, PK Hem dan pihak gereja telah memberi ucapan ringkas dan diakhiri dengan pemberian Sijil Penghargaan. Pada tahun ini pihak gereja telah sudi menderma sebanyak RM 50 000. Upacara ini diadakan pada 28.4.2016 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.




Hari bersama ibubapa

Keputusan peperiksaan satu telahpun diketahui dan pada hari ini 9.4.2016 (Sabtu), satu perjumpaan telah diadakan antara ibubapa dan guru bagi berbincang dan bersemuka demi kebaikan anak-anak mereka dalam usaha meningkatkan prestasi anak-anak mereka. Diharapkan perjumpaan ini dapat menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian akademik mereka.







Alumni SMK Pending

Atas usaha Tuan Pengetua SMK Pending En Ivor Lim, Alumni SMK Pending telah menjadi kenyataan apabila satu perjumpaan diadakan di hotel Penview. Seramai lebih 300 orang bekas pelajar telah hadir pada perjumpaan kali ini melibatkan bekas pelajar seawal tahun 1978. SMK Pending telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan sehingga sekarang sekolah ini berkembang maju sehingga menjadi pusat tingkatan 6. Perjumpaan yang dikatakan amat berjaya telah membentuk jawatankuasa Alumni SMK Pending. Berikut AJK Alumni SMK Pending

Penasihat      : En Ivor Lim
Presiden        : Dr. Peter Ting
Setiausaha    : Pn Agnes Liu
Bendahari     : Mr Peter Ho
AJK              : Clement Lim
                        Andy Lo
                        Kenneth Law

Syabas dan tahniah kepada bekas pelajar SMK Pending kerana berjaya mengadakan Alumni kali yang pertama. Semoga penubuhan ini memberi menafaat kepada SMK Pending.









Lawatan ke KD Perak

PKBM (L) SMK Pending telah mengadakan lawatan ke kapal KD  Perak  pada 8.4.2016. Kapal ini  berlabuh di Pelabuhan Pending. Seramai empat orang guru pengiring telah mengiringi pelajar untuk melihat sendiri kehebatan kapal KD Perak. Mereka ialah Cikgu Mohd Yaakub, Cikgu Mansor Zainal, Cikgu Helen Tatom dan Cikgu Hasni Hashim. Pelajar telah diberi penerangan oleh pegawai yang bertugas. Selama satu jam mereka berada di kapal untuk mendengar kelebihan kapal KD Perak. Diharapkan lawatan ini membawa menafaat kepada para pelajar terutamanya yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya sebagai tentera laut.







 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners