PROGRAM KORBAN 1444 H/2023 M ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN SURAU AL-HIJRAH SMK PENDING

 

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Muslimin-Muslimat Pending, Persatuan Agama Islam, Pergerakan Puteri Islam dan Jawatankuasa Pengurusan Surau al-Hijrah SMK Pending 2023 telah merancang untuk melaksanakan Program Qurban sebagai satu usaha untuk menghidupkan syiar Islam. Aktiviti ini melibatkan semua warga Islam sekolah melalui aktiviti penyembelihan lembu, pelapahan daging dan agihan daging. Program ini bertujuan memenuhi aspirasi murid dari segi etika dan kerohanian untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai keagamaan dan akhlak terpuji melalui anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Seterusnya dapat menyumbang ke arah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Program ini melibatkan pemua warga Islam sekolah termasuk guru, pentadbir, AKP dan murid-murid terpilih SMK Pending

      Pelaksanaan

Tarikh   :  1 Julai 2023 (Sabtu)

Masa     :  7.30pg-3.00ptg

Tempat :  Kantin Sekolah

 

 Jawatankuasa Induk

 

Pengerusi                                En Ambrose Ak Jarit (Pengetua)

Timbalan Pengerusi                En Roslan Bin Sumiran (Penolong Kanan Pentadbiran)

Penyelaras                              Pn Salbiah Binti Musa (Guru  Kanan Kemanusiaan)

Pengarah Projek                     Yatiman Bin Karsodikromo

Setiausaha                               Aida Binti Mistar

Penolong Setiausaha              Nuraishah Binti Hafizi

            Bendahari                               Siti Fatimah Binti Mohd Ali

            JK Pelaksana:











                                               


AKTIVITI LUAR KELAB SUKAN EKSTREM TINGKATAN 6 SMK PENDING

 Kelab Sukan Ekstrem Tingkatan 6 telah mengadakan aktivti luar di Pusat Kokurikulum Santubong. Program julung-julung kali ini diiringi oleh guru penasihat kelab. Semua ahli kelab aktif menjalani aktiviti sepanjang program berlangsung sehari suntuk.











DIALOG PRESTASI TINGKATAN 6

 Sesi Dialog Prestasi Tingkatan 6 telah dijalankan pada 21 Jun 2023. Program akademik tahunan sekolah ini melibatkan para pelajar Tingkatan 6 Atas Semester 2.

Program ini menjadi platform perbincangan antara 3 pihak iaitu guru, pelajar, ibu bapa bagi solusi alternatif peningkatan akademik pelajar.






MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK PENDING

 

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Pending telah diadakan pada 17 Jun 2023 di dewan Global. Mesyuarat dihadiri oleh para ibu bapa, AJK dan para guru. Semoga jalinan permuafakatan yang dibina antara guru dan ibubapa ini dipereratkan demi menghasilkan dan menjadikan anak bangsa ini terus dimartabatkan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan masyarakat, bangsa dan juga negara.







 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners