Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009

Berjumpa kawan baru semasa perkhemahan di Kelantan
Perkhemhan di Kelantan

Jocy Jenet Bong Mei Chen salah seorang pelajar SMK Pending yang mungkin ramai dikalangan warga SMK Pending tidak mengenalinya. Namun penglibatannya dalam kegiatan badan beruniform tidak dapat dinafikan. Beliau merupakan pelajar tingkatan 2A. Penglibatannya dalam badan beruniform bermula dengan menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di SMK Lake,Bau Kuching. SMK Pending telah menghantar seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai unit beruniform iaitu pengakap,Pandu Puteri,St John Ambulance,Boy's Brigade,Girl's Brigade,KRS,dan PBSM. Mei Chen merupakan ahli Girl's Brigade
Daripada perkhemahan tersebut Mei Chin telah dipilih untuk mewakili bahagian Kuching bersama 20 orang pelajar yang lain daripada pelbagai unit beruniform ke SMK Kapit N0.2 selama lima hari empat malam.
Kelibat Mei Chin memang hebat apabila beliau dipilih sekali lagi dan kali ini mewakili Sarawak ke Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan jemputan Antarabangsa Thailand pada 24 April hingga 30 April di Kem Tangok, Bachok Kelantan.Syabas diucapkan kepada Mei ChenPerkhemahan di Kapit

Perkhemahan di Kapit

Perkhemahan di SMK Lake Bau

Antara 20 orang pelajar yang mewakili SMK Pending ke Perkhemahan di SMK Lake Bau
Berjumpa kawan baru semasa Perkhemahan di Kelantan

Kontingen Sarawak Ke Kelantan Untuk Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners